Wednesday, June 19, 2013
Bicara Minda: Kestabilan politik mestilah berlandaskan siasah agama
Kestabilan politik mestilah berlandaskan siasah agama
BICARA MINDA ~ Sofi :
Siasah lazimnya ditakrifkan sebagai politik. Ini merujuk kepada makna
siasah itu sendiri yang bermaksud politik. Maka itu andai ada yang
bicara hal siasah, ianya tuntas dimengertikan sebagai bicara politik.
Kerajaan Rakyat berpendapat; Walaupun siasah dan politik mempunyai
persamaan dari segi maksud, tetapi andai diamati, siasah bukan hanya
berkisar dari sudut politik kenegaraan, malah saya kira semua perkara
berkaitan perlakuan seseorang manusia itu juga harus dimengertikan
sebagai siasah.
Ulama muktabar Yusuf al-Qaradhawi (gambar kiri al-Qaradhawi bersama Anwar Ibrahim) pernah menegaskan dalam kitabnya Fiqh Kenegaraan; Islam telah menyiapkan cara yang sempurna bagi mengatur manusia. Cara itulah yang dipakai bagi mengatur kehidupan politik.
Buku Yusuf al-Qaradhawi itu turut menyebut; Tanpa kuasa politik atau siasah, negara tidak dapat melaksanakan kewajipan mengajak masyarakat supaya melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan, berjihad, menegakkan keadilan, mendirikan sembahyang dan menolong orang yang teraniaya.
Pada fahaman Kerajaan Rakyat, pandangan Yusof al-Qaradhawi itu jelas menunjukkan bahawa kesempurnaan dalam Islam perlu disulami dengan pengamalan yang konsisten. Kebangkitan kekuatan jiwa amat penting untuk membina sikap istiqomah dalam ibadah harian.

Dari situlah akan timbulnya keazaman untuk melakukan ibadah dengan lebih
baik dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun semangat membara yang
sementara akan hanya memusnahkan keseluruhan keazaman jika ianya tidak
dilakukan secara berperingkat dan bersederhana.
Justeru, bersandarkan kepada pendapat yang dikutip daripada kitab Fiqh Kenegaraan itu, Kerajaan Rakyat memilih untuk bersederhana tetapi konsisten dan istiqomah dalam siasah harian insani.
Kerajaan Rakyat ikuti dengan rapat dan rapi perkembangan politik / siasah negara pasca pilihan raya umum ke-13. Kerajaan Rakyat juga menilai dengan penuh berhati-hati setiap catur politik pimpinan parti. Malah tika masa merehatkan minda, Kerajaan Rakyat memerhati dengan penuh minat gelagat beberapa penganut tegar parti politik dari jurusan dan peringkat yang berbeda. Dalam kembara laman siber, Kerajaan Rakyat terjumpa penganut fahaman politik yang songsang jatidiri; dinilai dari komentarnya, jelas penganut fahaman politik ini menganggap politik hanya sebagai medan bermusuhan.
Mengamati dan memahami gambar di atas, jelas mengiakan bahawa sesungguhnya bagi mereka yang tinggi darjat mindanya akan mengambil politik atau siasah sebagai landasan untuk bersahabat dan bermuzakarah sekalipun kekadang mereka berbeda pandangan sepertimana yang disebut oleh Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya, Fiqh Kenegaraan.
Justeru, bagi mereka yang tinggi darjat mindanya akan menerima secara positif, insaf dan ikhlas penceritaan daripada gambar YAB Lim Guan Eng dan YB Ahmad Zahid Hamidi di atas. Komen murahan "Zahid.... lu serupa LALANG laaaa...." seperti yang ditulis oleh Liza MN (gambar di bawah) menggambarkan betapa pengomennya seorang yang rendah darjat mindanya dan mungkin pupus jatidirinya.

0 orang berkata:
Post a Comment