12/06/13
Perkasa hanya pengampu sahaja - Anwar
(Setelah mogok lapar, akhirnya Waythamoorthy dapat jadi timbalan menteri, namun di mana suara Perkasa?)
KANGAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyifatkan Pergerakan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pemuda Umno hanya
pengampu sahaja tetapi tidak berani bersuara apabila suara mereka
diperlukan.
"Puak-puak ni semuanya penipu saja bila
bercakap tentang bangsa, yang jelasnya nereka ni hanya pegampu," katanya
kepada sekitar 7000 orang ramai yang hadir ke program Himpuan Black 505
peringkat negeri Perlis malam tadi yang diadakan di dataran kompleks
perniagaan Kampung Bakau dekat sini.
Beliau mengulas tindakan mereka yang
senyap sepi walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik
wakil Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai
salah seorang timbalan menteri di jabatan Perdana Menteri.
"Waythamoorthy ni perlembagaan negarapun
dia bantah, tapi Najib angkat dia menjadi (timbalan) menteri, ada suara
pemuda Umno atau Perkasa membantah?" tanya Anwar.
Bagi Anwar, sekiranya orang Melayu
mempunyai kumpulan pelampau bernama Perkasa, orang India pula ada
pejuang bangsa mereka iaitu Hindraf.
Menjelang pilihan raya umum ke 13
baru-baru ini, Waythamoorthy telah membuat mogok lapar sehinggalah Najib
berjumpanya dan menandatangani satu perjanjian dengannya.
Selepas itu, apabila Najib mengumumkan barisan kabinet barunya, turut dinamakan adalah Waythamoorthy sebagai timbalan menteri.
Ekoran itu, MIC membantahnya namun ia
tidak diendahkah oleh Najib. Kini Hindraf menjadi saingan kepada MIC
dalam mewakili kepentingan orang India dalam kerajaan.


0 orang berkata:
Post a Comment