21/06/13
Tambang bas naik 10%, kerajaan BN lepas tangan
KUALA
LUMPUR: Keputusan yang dibuat ke atas kenaikan tambang bas sebanyak 10
peratus pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jelas menunjukkan
kerajaan Umno BN tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib
rakyat.
Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat,
Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, sebaliknya, kerajaan Umno BN hanya
berlepas tangan dalam perkara itu, sehingga memaksa pengusaha-pengusaha
bas atau syarikat pengangkutan awam menanggung sendiri bebannya.
Menurut beliau, kenaikan harga tambang
dengan kadar 10 peratus itu tidak boleh disalahkan kepada
syarikat-syarikat pengangkutan awam, malah ia selaras dengan keperluan
dan kos semasa yang ditanggung oleh mereka.
Katanya, selain mendapatkan sedikit
keuntungan, syarikat pengangkutan awam terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan untuk menggantikan pelbagai peralatan kenderaan mereka
termasuk brek, tayar dan sebagainya.
“Dalam masa yang sama, mereka juga
terpaksa mengeluarkan lebih untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik
kepada pengguna termasuk menambah pemandu, bagi menjamin keselamatan
pengguna. Semua itu memerlukan perbelanjaan.
“Apatah lagi dalam masa yang sama, harga
minyak di negara kita masih kekal tinggi. Mereka juga terpaksa membayar
tol. Untuk menampung semua itu, mereka terpaksa menaikkan kadar
tambang. Kerajaan pula mengatakan kenaikan tambang boleh dilakukan lima
tahun sekali,” katanya. sumber



0 orang berkata:
Post a Comment