Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH HILANG KEBAL ?

Monday, July 1, 2013

Rasuah: Taib Mahmud akan disiasat

Rasuah: Taib Mahmud akan disiasat
Kes rasuah Tan Sri Taib menjadi tumpuan sejak satu video dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube, oleh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang berpangkalan di London, Global Witness.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentuk satu jawatankuasa bertindak pelbagai agensi bagi menyiasat tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Jawatankuasa bertindak itu melibatkan wakil daripada agensi-agensi seperti Pejabat Peguam Negara dan SPRM sendiri bagi "mempercepat" siasatan, lapor akhbar The Star semalam.
Satu laporan akan diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, bagi tindakan susulan setelah siasatan selesai.
Pihak SPRM berkata sebaik sahaja siasatan selesai dan Timbalan Pendakwa Raya telah membuat keputusan, panel penilaian operasi akan menilai kewibawaan dan keadilan suruhanjaya dalam menangani siasatan.


"Panel dibentuk oleh individu daripada pelbagai latar belakang profesional. Pihak SPRM juga sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa Khas Rasuah..." jelas suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
Menurut SPRM, anggota jawatankuasa itu terdiri daripada wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada pihak kerajaan dan pembangkang.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi melenyapkan rasa ragu tentang kewibawaan dan kecekapan SPRM dalam menangani isu rasuah, terutama dalam kes melibatkan Tan Sri Taib.
Tan Sri Taib telah menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak Mac 1981 dan telah memastikan negeri itu kekal di bawah kuasa Barisan Nasional (BN) bagi enam pilihan raya negeri antara tahun 1983 dengan 2011.
Kes rasuah Tan Sri Taib menjadi tumpuan sejak satu video dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube, oleh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang berpangkalan di London, Global Witness.
Video bertajuk Inside Malaysia's Shadow State itu mendapat perhatian meluas setelah ia dimuat naik pada 18 Mac lalu.
Video itu memaparkan rakaman perbualan antara sepupu-sepupu Tan Sri Taib dan dua peguam tentang hal-hal seperti cara salah memintas undang-undang di Malaysia kepada dakwaan tentang rasuah bagi pegawai tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut SPRM, ia sudah pun mengambil kenyataan daripada lebih 20 orang yang dipercayai terlibat dalam kes itu atau disebut dalam video YouTube tersebut.
Kerajaan Rakyat

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.