Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LETAK LEE !

Monday, July 1, 2013

PKR mahu letak calon Wanita di Kuala Besut?


PKR mahu meletakkan calonnya daripada sayap Wanita untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan datang, kata Pengarah Pilihan Raya Wanita PKR Pusat, Haniza Mohd Talha.

Beliau berkata, PKR mempunyai calon Wanita tempatan ‘boleh menang’ yang mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

“Wanita PKR sedia menawarkan diri bagi bertanding kerusi Kuala Besut sekiranya Pakatan Rakyat melihat faktor itu mampu memberi kemenangan di Terengganu,” katanya kepada pemberita di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri itu berkata, pihaknya telah berbincang dengan PKR Pusat dan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan kemudiannya akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

“Belum cuba belum tahu. Kita nampak peluang ini tak boleh dilepaskan sebab itu kita tawarkan diri sekiranya calon Wanita tiada untuk kerusi DUN Kuala Besut,” katanya.

Haniza berkata, Pakatan Rakyat ketandusan calon Wanita apabila Napisah Ismail adalah satu-satunya bekas calon Wanita Pakatan yang bertanding kerusi DUN Terengganu PRU13 lalu.

Minggu lalu Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail juga dilaporkan berkata PKR negeri mempunyai calon berpotensi untuk bertanding PRK Kuala Besut.

Namun disanggah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang berpendirian kerusi itu tetap milik parti yang telah bertanding pada PRU lalu jika berlakunya kekosongan.

Bidas Lim Guan Eng

Sementara itu, Haniza membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu Pakatan Rakyat memboikot PRK Kuala Besut sebagai tanda protes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Haniza, itu hanya merupakan pandangan peribadi Lim dan PKR tidak akan mengambil pendirian sama kerana mahu berusaha untuk menang dan tambah kerusi DUN Terengganu.

Katanya, ini merupakan satu-satunya peluang jika mahu membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat di Terengganu dan PKR termasuk Wanita akan turun sebagai jentera untuk berkempen.

“Banyak saluran sudah kita gunakan untuk menunjukkan protes proses PRU termasuk melalui petisyen, desakan perhimpunan dan perbahasan (dalam Dewan)…tak perlu boikot,” katanya.

SPR dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi menetapkan tarik PRK DUN Kuala Besut.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia 25 Jun lalu akibat kanser paru-paru.


~ Freemalaysiatoday

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.