Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kementerian Pendidikan lawat sekolah kontroversi ‘makan dalam tandas’

Oleh Jennifer Gomez
July 23, 2013
Biro Pendidikan MIC sudah membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan berhubung kontroversi keputusan sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh yang didakwa mengarahkan pelajar bukan Islam makan tengah hari di tandas.
Pengerusi biro berkenaan, P Punithan berkata, mereka membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan berhubung aduan yang mereka terima malam tadi.
Katanya, Kementerian Pendidikan menghantar pegawai ke SK Seri Pristana di Sungai Buloh sebelum tengah hari untuk membuat siasatan.
"Tindakan itu sedang dijalankan pada masa ini," katanya lagi di Facebook.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke tandas.
Katanya, jika kantin berkenaan ditutup untuk proses naik taraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenal pasti untuk dijadikan ruang makan.
"Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan," katanya lagi.
Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenal pasti jika sekolah itu tidak harus dikenakan tindakan, katanya. – 23 Julai, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.