21 Julai, 2013
Pelik!! Kerajaan Rayu Kes Liwat Saiful Bukhari.. Apa Dah Jadi?
Selepas setahun setengah, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke
mahkamah esok ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan
beliau dalam Liwat II kes yang mendapat perhatian meluas.
Rayuan kerajaan akan didengar di Mahkamah Rayuan
Putrajaya dan dijangka dibanjiri petugas media dari dalam dan luar
negara, termasuk pemerhati.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan
membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful
Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30
petang pada 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh,
didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. ~malaysiakini
Addin :
Pelik sungguh.. pihak kerajaan yang merayu dalam kes liwat ni, agak-agaknya dah tahu siapa yang menjdai dalangnya..
0 orang berkata:
Post a Comment