8/07/13
Zahid Hamidi patut akui silap atau letak jawatan
OLEH YISWAREE PALANSAMY
Sekalipun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
menafikan beliau bercanggah pendapat dengan Perdana Menteri dalam isu
Akta Hasutan, Menteri Dalam Negeri itu perlu mengakui kesilapan atau
meletak jawatan.
"Alasan Ahmad Zahid tidak dapat
diterima. Datuk Seri Najib Razak mesti komited untuk memansuh akta itu
dengan mengarahkan Zahir mengakui kesilapan dan menyokong pemansuhan.
"Atau Zahid patut letak jawatan dari Kabinet," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada kenyataan media, hari ini.
Katanya, keengganan Ahmad Zahid bukan
sahaja bercanggah dengan janji Najib tetapi menunjukkan beliau
mengkhianati slogan pilihan raya Barisan Nasional (BN) iaitu 'Janji
Ditepati'
Julai tahun lalu, Najib selepas memansuh
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat, membuat
pengumuman bahawa akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional
Jika BN gagal melaksanakannya, Lim
meminta Najib memberi penerangan kepada rakyat alasan BN mungkir janji,
mengkhianati pengundi dengan tidak menepati janji memansuh Akta Hasutan.
Lim juga menolak dakwaan Zahid betapa
pemansuhan akta itu bermakna tiada undang-undang yang mengawal kesalahan
seperti menghasut, fitnah, tuduhan liar atau kutukan.
"Ini tidak masuk akal kerana peruntukan
jenayah itu ada dalam Kanun Keseksaan, selain membuat saman sivil,"
katanya, menambah Akta Hasutan disalah guna terhadap pemimpin
pembangkang.
Berdasarkan pengalamannya, Lim berkata:
"Jelas, Zahid cuba mengekalkan undang-undang menindas untuk diguna pakai
terhadap pemimpin pembangkang."
Mengenai Ordinan Darurat, beliau berkata
Zahid tidak wajar menyamakan kenaikan kadar jenayah terutama jenayah
jalanan dengan pemansuhan ordinan itu.
Malah, Lim menyifatkan kenaikan kadar
jenayah disebabkan kegagalan penguatkuasaan dan keberkesanan anggota
polis menjalankan tugas.
"Jabatan Siasatan Jenayah (CID) hanya
sembilan peratus dari keseluruhan pasukan polis. Malah, bilangan polis
Cawangan khas (SB) hampir sama dengan anggota CID," katanya.
Beliau berkata, sebanyak 41 peratus
anggota polis terbabit dalam tugas pengurusan manakala 31 peratus
berperanan dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam.
Malah, Lim berkata, kebanyakan
kakitangan polis dibahagi kepada tugas yang tidak berkaitan dalam
pencegahan jenayah termasuk dijadikan senjata politik untuk 'mengurus'
pemimpin pembangkang.
0 orang berkata:
Post a Comment