Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, July 22

GEMPAQ: Video PANAS dedahkan kurap Amno tersebar...

Umno berubah dari baik kepada buruk - A Kadir Jasin

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk A Kadir Jasin menempelak sikap sesetengah pemimpin Umno yang mengamalkan sikap saling cabar-mencabar secara tidak sihat menjelang pemilihan parti akan datang.

Katanya, kebanyakan mereka yang ingin bertanding jawatan tertentu parti semata-mata berbuat demikian kerana kepentingan diri sendiri, sekaligus mewujudkan persepsi negatif di kalangan penyokong akar umbi.

"Cabar-mencabar sekarang untuk dapat duit, cabar-mencabar sekarang untuk naik pangkat dan kepentingan diri.

"Dulu pun berebut jawatan. Jawatan presiden, Tunku (Abdul Rahman), Tun Hussin dicabar tetapi Umno tak pecah belah pun. Kerana dahulu cabar-mencabar sebab keikhlasan.

"Cabar-mencabar demi kebaikan parti, cabar-mencabar untuk pilih pemimpin terbaik, cabar-mencabar untuk sedarkan pemimpin tak boleh sombong, cabar-mencabar supaya pemimpin buat terbaik untuk parti, rakyat dan ahli, bukannya untuk jadi menteri. Itu bezanya," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kadir berkata beliau tetap dengan pendirian yang ditulis di blognya bahawa peluang untuk Umno adalah tipis dan bahawa parti itu kekal berada pada tahap sekarang kecuali berlaku perubahan drastik termasuk tewas pada pilihan raya.

Malah katanya, apa yang disaksikannya perubahan yang dibawa oleh Umno pada masa kini adalah lebih 'buruk'.

"Kita nak berubah itu maksudnya apabila kita guna istilah 'berubah' ertinya dari buruk kepada yang baik. Kita tak pernah berubah kepada yang buruk.

"Tetapi parti saya, Umno berubah kepada baik kepada yang buruk," katanya.

Di dalam blognya semalam, Kadir mendakwa perubahan oleh Umno ke arah lebih baik adalah tipis pada pemilihan kepimpinan tahun ini. Beliau juga berkata pemilihan pada Oktober depan sebagai bersejarah kerana sistem kuota dimansuhkan, namun tegasnya ia bukan jaminan sebagai tuntutan perubahan.

Seramai 146,500 perwakilan Umno dari 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009. ~ AP

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.