Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUNCAK ALLAH MURKA BELUM SAMPAI, PERLU RAMAI MAUT ?

Saturday, July 20

DILARANG MURKA: Makin ramai mendoakan kematian YB depa [Tengok la sebabnya...]

Setakat ni Kuala Besut dah disogok dengan 6 rasuah bernilai RM288.847juta ...!!!

Bagi yang celik realiti politik cara Umno BN, kalau takat situasi 16-16 tu senang sangat depa nak pusing sekurang-kurangnya jadi 17-15 ataupun tak mustahil jugak akan jadi 17-16 dengan maksud Umno BN akan tetap memerintah Terengganu.

Kalau ikut tajuk laporan Buletin Online tu setakat ni dah buat sogokan yang bernilai RM 288.847juta. Begitu murah 'rezeki' warga Kuala Besut selepas kematian Dr. Abdul Rahman, Adun yang menang dengan majoriti 2,434 undi masa PRU13 baru ni.

Tu belum masuk lagi bayaran tunai dan jugak dalam bentuk barangan yang depa dapat sepanjang tempoh kempen dan jugak pada hari mengundi yang aku yakin bernilai jutaan ringgit pulak.

Aku taktau la kalau majoriti pengundi bukan mata duitan tapi kalau ikut trend PRU13 lepas terutama sekali pengundi melayu sangat susah untuk tak terhutang budi, tambah-tambah lagi la untuk yang kena ugut sama.

Betul ka dak setakat ni sogokan dah bernilai RM 288.847juta, aku tak pasti pasai malas nak kira, hangpa boleh kira sendiri kalau rajin.
  1. Pengumuman peruntukan bernilai RM10 .35 juta untuk pembinaan pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut [Gambar kiri] – 13 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini)
  2. Bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut – 14 Julai 2013 (sumber: Bernama)
  3. TPM tarawih di Kuala Besut, umum bantuan RM343,000 untuk naik taraf masjid Hj Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut - 16 Julai 2013 (sumber: Bernama melalui Malaysiakini)
  4. TPM merasmikan projek pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut dengan peruntukan RM28 juta – 16 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini dan teganukita.blogspot.com)
  5. Pengumuman projek bernilai RM250 juta untuk mendalamkan muara Sungai Besut – 16 Julai 2013 (Berita Harian)
  6. Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut – 16 Julai 2013 (sumber: Bernama) - Ibid. Dan aku yakin nilai tu akan bertambah pasai hari mengundi lambat lagi mungkin berjumlah melebihi RM300juta kalau Umno BN tak berapa nak yakin depa boleh menang.
Tambah-tambah pulak PRK ni depa bukan takat menang nak mudah tapi depa kena menang selesa untuk jaga 'maruah' depa. Umno BN boleh dianggap gagal kalau calon PAS berjaya kurangkan majoriti walaupun sikit.
Di pihak PAS pulak, hampir takdak apa yang boleh dibuat melainkan terus berkempen dan berdoa moga-moga pengundi Kuala Besut tak terpengaruh dengan semua sogokan tu dan berharap pengundi Kuala Besut tertarik dengan idea 16-16 yang PAS bawa, yang pada aku tak menarik tara mana.

Pasainya bagi yang celik realiti politik cara Umno BN, kalau takat situasi 16-16 tu senang sangat depa nak pusing sekurang-kurangnya jadi 17-15 ataupun tak mustahil jugak akan jadi 17-16 dengan maksud Umno BN akan tetap memerintah Terengganu.
Kecuali la kalau Sultan Mizan sanggup 'buat gila' suruh buat 'kerajaan campuran' atau lebih popular dengan istilah UG.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.