DI MALAYSIA ADA GOLONGAN YANG MELIHAT MURSI SEBAGAI DIKTATOR, KATA MEREKA KEBANGKITAN ANAK MUDA SUDAH BERJAYA MENUMBANGKAN DIKTATOR TANPA MELIHAT DAN MEMBEZAKAN ANAK MUDA GOLONGAN SEKULAR ATAU TIDAK, BAGI MEREKA APABILA KEBANGKITAN ANAK MUDA MAKA MEREKALAH PENGUBAH DASAR DAN PAHLAWAN, AMIK KOOOO ! Pak Karamu
Malaysia harap proses demokrasi Mesir lancar
PUTRAJAYA - Malaysia berharap pelantikan presiden sementara Mesir akan
membuka laluan bagi pemulihan dan pembaharuan peralihan demokrasi yang
lancar kepada negara berkenaan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini Malaysia menggesa semua pihak agar berusaha ke arah mencapai penyelesaian yang aman dan mengelak daripada keganasan.
"Amat mustahak agar krisis yang ada diselesaikan secara aman dan menerusi proses demokrasi untuk memilih kepimpinan sah yang baharu dan mengembalikan segera kerajaan pimpinan awam sejajar dengan aspirasi semua rakyat Mesir," menurut kenyataan itu.
"Malaysia percaya penyelesaian politik yang berpanjangan akan membantu Mesir mencapai keamanan, kemajuan dan kestabilan," jelas kenyataan itu.
Semalam, Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir Adly Mansour mengangkat sumpah sebagai presiden sementara negara itu selepas tentera menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Morsi. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment