Friday, June 6, 2014
Isu Sensitif: Sebar Agama Islam Disiasat, Sebar Kristian Bagaimana?
Majlis perpaduan siasat dakwaan pelajar sebar agama Islam di sekolah
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 6 June 2014 | Updated: 6 June 2014 7:04 AM
Dakwaan
sebaran agama Islam di sekolah oleh ketua agama bukan Islam dalam satu
dialog merupakan dakwaan yang serius dan kini sedang disiasat.
Isu penukaran
agama timbul lagi apabila terdapat dakwaan yang sedang disiasat majlis
perpaduan Putrajaya bahawa pelajar Islam digunakan untuk menyebarkan
agama itu kepada pelajar bukan Islam di sekolah menengah.
Sumber daripada
Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) berkata, perkara ini
ditimbulkan oleh ketua agama bukan Islam dalam satu dialog dengan majlis
itu bulan lepas, dan ianya sedang disiasat.
“Kami sedang cuba mengesahkan dakwaan itu,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Bercakap dengan
syarat namanya tidak didedahkan, sumber yang juga merupakan anggota
NUCC berkata, majlis itu perlu menentukan sama ada terdapat asas kepada
dakwaan itu.
“Ini merupakan dakwaan serius dan kami perlu melakukan semakan,” kata sumber itu.
Beliau berkata,
jika dakwaan itu terbukti benar, NUCC akan membangkitkan isu ini dalam
laporan interim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Majlis yang
ditugaskan untuk mencari penyelesaian bagi membendung ketegangan agama
dan kaum dalam negara sudah mengadakan dialog dengan orang awam dan
badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara sejak ditubuhkan November
lepas, dan dijangka akan menghantar laporan awal kepada perdana menteri
bulan depan.
“Kami sedar
tiada agama patut disebarkan dalam apa jua bentuk kepada orang lain di
sekolah, kerana keimanan pelajar di bawah 18 tahun akan ditentukan oleh
ibu bapa," kata sumber itu.
Dakwaan itu
ditimbulkan oleh Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS), Datuk R
S Mohan Shan dalam satu dialog yang dipengerusikan oleh Pengerusi NUCC,
Tan Sri Samsudin Osman baru-baru ini.
Mohan bersama
delegasi Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme
Malaysia (MCCBCHST) bertemu dengan NUCC baru-baru ini.
Mohan yang juga
merupakan naib presiden MCCBCHST mengatakan beliau mendapat tahu sebuah
sekolah menyediakan soalan provokatif dalam kertas peperiksaan
Pendidikan Islam tahun lalu.
Soalannya adalah “Cara-cara mengislamkan kawan-kawan anda.”
“Sekolah tidak
akan menyediakan soalan sedemikian jika agenda itu tidak terdapat dalam
silibus Pendidikan Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Pelajar Islam wajib mengambil subjek Pendidikan Islam manakala bukan Islam pula perlu mempelajari Pendidikan Moral.
“Anggota NUCC
terkejut dan berjanji akan menyiasat perkara ini dan mungkin akan
membangkitkannya dalam laporan interim,” kata Mohan.
Menurut Mohan,
beliau pertama kali membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat eksekutif
MCCBCHST dan kemudiannya kepada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman
dan Keharmonian Antara Penganut Agama yang ditubuhkan Kabinet.
Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jabatan Perdana Menteri melibatkan pimpinan MCCBCHST, pemimpin Islam dan wakil NGO Islam.
Mohan berkata,
beliau menggunakan semua peluang untuk membangkitkan perkara ini kerana
sekolah menengah merupakan tempat terbaik bagi menerapkan perpaduan dan
keharmonian nasional di kalangan pelajar berbilang kaum, agama, bahasa
dan budaya.
“Pihak berkuasa
tidak boleh menggunakan pelajar Islam untuk mempengaruhi rakan bukan
Islam mereka dengan niat menukar agama mereka,” katanya.
Mohan juga
berkata, Pendidikan Moral untuk pelajar bukan Islam sepatutnya
dimansuhkan untuk membenarkan mereka mempelajari tentang agama mereka
semasa waktu sekolah.
“Semua pelajar
bukan Islam mesti dibenarkan untuk belajar tentang agama mereka dan
mempromosikan moral universal dan nilai etika,” katanya.
Beliau berkata
semasa awal kemerdekaan negara dahulu, rakyat Malaysia mempelajari
sejarah Islam, Hindu, Buddha dan Kristian, tetapi mereka kekal
mengamalkan kepercayaan mereka.
"Malah, kami tahu tentang satu sama lain dengan lebih baik di dalam dan di luar sekolah," katanya. – 6 Jun, 2014.
Posted by
mountdweller



0 orang berkata:
Post a Comment