Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAHID AKAN JADI PM MALAYSIA

30/06/14

Najib perlu gugurkan Zahid Hamidi daripada kabinet

Zahid seharusnya digugurkan daripada kabinet ekoran kenyataannya semalam yang mendakwa insiden kepala lembu di perkarangan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer adalah akibat mulut celuparnya, kata DAP.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, meskipun Zahid tidak gemar dengan kenyataan "Umno celaka" Rayer ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini, beliau seharusnya mengecam insiden kepala lembu dan memberikan jaminan kepada keselamatan Rayer.

"Zahid gagal membezakan mana yang betul, mana salah dan persoalan timbul lagi adakah beliau akan mempertahankan undang-undang, keamanan, dan keharmonian dalam negara."Amat lucu beliau menggelar Rayer "mulut celupar" sedangkan beliau juga menteri bermulut celupar," kata ahli Parlimen Seputeh itu dalam satu kenyataan hari ini.

Zahid semalam dilaporkan berkata, insiden yang menimpa Rayer adalah akibat daripada "mulut celupar" beliau.

"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid sebagai respon kepada laporan media kepala lembu ditemui di depan rumah Rayer yang dilihat sebagai penghinaan kepada agama Hindu kerana lembu adalah binatang suci agama itu.

Kok berkata, sepanjang tempoh setahun, Zahid membuktikan beliau tidak layak menjadi menteri dalam negeri dalam sejarah negara.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga seharusnya menggugurkan Zahid daripada kabinet, ataupun sekurang-kurangnya menggantikan portfolio beliau.

Kepala lembu yang berlumuran darah dan disiat kulit ditemui di depan rumah Rayer, pada malam Jumaat.

Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang DUN Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka.

"Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan kulit sudah disiat," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Rayer enggan mengaitkan kejadian ini dengan kenyataannya di DUN Pulau Pinang bulan lalu.

"Saya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu, tetapi ini kejadian pertama saya hadapi sejak kejadian itu," katanya. TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.