Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Maritim Malaysia tahan 12 awak-awak Indonesia dalam Ops Redback


05/06/2014 5:58pm

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberkas 12 awak-awak warga Indonesia dalam operasi “Ops Redback” selama empat hari bermula 2 Jun lepas, di sekitar perairan Sungai Besar dan Pulau Ketam.
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah (KPMD) Klang, Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, awak-awak yang berusia lingkungan 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.
"Sepanjang operasi ini, kita memeriksa 38 bot nelayan tempatan dan empat daripada bot itu didapati melakukan kesalahan kerana menggaji warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah,” katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah Maritim Pelabuhan Klang, hari ini.
Beliau berkata, kesemua awak-awak itu kini ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
"Kes ini akan dirujuk mengikut Akta Perikanan dan pemilik bot boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500 sehingga RM20,000 sekiranya sabit kesalahan,” katanya.
Menurutnya, operasi itu melibatkan lima aset APMM termasuk tiga buah bot dengan kekuatan 60 anggota. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.