Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas hargai keprihatinan kerajaan Malaysia
  • Mohamad Sabu Mohamad Sabu
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pas merakamkan penghargaan bantuan dan keprihatinan semua pihak terhadap tahap kesihatan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dirawat di sebuah hospital di Istanbul sejak 31 Mei lalu.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga turut berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan Malaysia melalui dutanya di negara itu yang turut membantu dalam memastikan Abdul Hadi mendapat rawatan yang sebaiknya.

"Jawatankuasa Pas Pusat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu termasuk kerajaan Turki dan kerajaan Malaysia melalui setiausahanya yang menelefon sendiri presiden bertanya khabar beliau.

"Pas juga mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Duta Malaysia di Turki yang telah melawat presiden dua kali," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Pada hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Marang itu dikejarkan ke hospital di Istanbul selepas beliau mengadu sesak nafas.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, keadaan bekas Menteri Besar Terengganu itu kini semakin pulih dan telah dibenarkan keluar dari wad biasa  hospital tersebut.

"Abdul Hadi sedang berehat di Istanbul, kesihatan semakin pulih ke arah sedia kala, tetapi beliau perlu sedikit rehat lagi selepas dinasihati doktor dan pakar perubatan hospital di Istanbul.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.