Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, June 4, 2014

Perkasa tak hingin sertai NGO Pemuda UMNO, sila cari NGO pondan! kata SU Perkasa


Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) merasakan tiada keperluan untuk pertubuhan badan bukan kerajaan itu menyertai Biro Hubungan NGO Pemuda Umno.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali berkata, pertubuhan sayap kanan Melayu itu, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga tidak akan menyertai biro berkenaan walau dijemput sekalipun.
"Perkasa dan Isma tidak ingin walau dijemput sekalipun," katanya, ketika dihubungi.

"Kami hanya mahu bersama NGO yang benar-benar anak jantan," katanya. Pemuda Umno hari ini berpendapat tiada keperluan bagi Perkasa dan Isma untuk menyertai biro yang baru ditubuhkan mereka sebaliknya cukup saling berhubung dengan dua NGO itu.

Pengerusi Biro Hubungan NGO, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata apa yang paling penting adalah memahami agenda NGO berkenaan supaya segala isu yang dilontarkan dapat dilihat dengan lebih adil. 

“Kita tidak perlu mengarah atau mempelawa mereka. Cuma yang paling penting hubungan. Setiap NGO di Malaysia perlu ada hubungan. Dengan Bersih pun kita kena ada hubungan. Tidak perlu mereka masuk ke payung NGO kita,” katanya pada majlis makan tengahari bersama media di Kuala Lumpur, hari ini. 

Khairul Firdaus berkata tiada gunanya mendekati NGO yang tidak mahu melakukan perubahan kerana sifat ekstremis dan cauvinis sememangnya perlu dielakkan.

Syed Hasan berkata, biro berkenaan boleh mencari mana-mana NGO yang lembut dan terlalu baik untuk menyertai mereka.

"Mereka boleh mencari mana-mana NGO pondan yang lemah lembut untuk bersama mereka," kata Syed Hasan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan biro berkenaan, yang mana katanya sebelum ini sering memperlekehkan pertubuhan seperti Perkasa.

"Persoalannya kenapa baru sekarang ingin mendekati NGO seperti kami, kenapa tidak dari dahulu. 

"Sudah lemas baru tahu kepentingan NGO seperti kami," katanya.

Biro Hubungan NGO merupakan biro baru yang ditubuhkan di bawah sayap Pemuda Umno bagi mengukuhkan hubungan Pemuda dengan NGO di serata Malaysia.

Enam kluster yang ditekankan oleh NGO di bawah gabungan itu adalah pendidikan, ekonomi dan kos sara hidup, keselamatan, perancangan keluarga, kepenggunaan serta agama ~ The Malaysian Insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.