Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIBOGEL DI AKHBAR KERANA TAK PUAS HATI ?


Zaharudin: Kalau ada cuba simpan bawah karpet, saya lawan

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad menyambut baik langkah parti itu yang mengarahkan agar ahli parti tidak membincangkan isu dalaman parti secara terbuka.

Bagaimanapun, Zaharudin yang mendedahkan berhubung kewujudan "kartel dedak" dalam PAS menegaskan bahawa dia akan melawan sekiranya ada usaha pihak tertentu untuk menyembunyikan isu berbangkit tanpa sebarang tindakan.

"Alhamdulillah...Paling kurang kes ini dapat bawa ke jawatankuasa tatatertib dan disiplin.

"Semoga dapat diselesaikan secara tertutup. Tetapi jika ada usaha untuk simpan bawah karpet, Insya-Allah saya akan lawan," tulisnya di Facebook, petang tadi sambil memuat naik salinan arahan dikeluar parti itu.

PAS hari ini mengeluarkan perintah larangan terhadap semua ahlinya daripada membawa, membincang dan membahasakan sebarang isu membabitkan urusan parti di media mahupun media sosial.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan mengingatkan ahli partinya agar menyampaikan sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan melalui saluran parti pelbagai peringkat. 

Takiyuddin berkata perintah larangan itu berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, Zaharudin membangkitkan isu "kartel dedak", yang dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam PAS yang didakwa menerima wang daripada pihak tertentu.

Tanpa menyebutkan nama sebenar, Zaharudin turut mendedahkan lima ahli dalam kumpulan berkenaan.

Zaharudin mendakwa pendedahannya berhubung isu dedak mendapat restu Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Abdul Hadi ketika ditemui media semalam, menafikan dakwaan menantunya itu.

11 orang berkata:

BULLET TAR SNAKE said...

Kih3. Bangkai gajah boleh sembunyi ker bro?

Anonymous said...

Boleh....boh dlm peti ais.

Anonymous said...

bangkai gajah boleh simpan dalam jubah. alaa.. ulamak sekarang ramai yg gendut dan perut boyot. org tak perasan pun bawah jubah tu bangkai gajah atau perut boyot. porsche cayman pun boleh simpan dalam jubah jugak. kalau tak cukup, dlm serban dan bawah sejadah pun boleh simpan.

Anonymous said...

Encik Ularmak Gendut Perut Boyot mmng jenis kuat mkn dn kuat menipu.

Anonymous said...

Ini dah akhir zaman, Encik2 dn Cik2 Bangkai Gajah tak lgi boleh bersembunyi melainkan berkubur itu pun kalau Encik Kubur mau mengubur, kalau tak baunya ttp terhidu dn jasadnya ttp kelihatan. Ngeh ngeh ngeh

Anonymous said...

syukur alhamdulillah masih ada yg bermaruah dlm pas mcm din ayam. kalau ramai pemimpin mcm ni insyaallah pru15 pas akan bangkit semula selepas kalah teruk dlm pru14 haritu. ni pemimpin harapan masa depan pas. bukanmcm nik beduh. anak derhaka, kaki sakau dedak, kaki bohong, lepas tu heret arwah bapak dia sekali kononnya kuat makan dedak.

Moktar roket kecik said...

Bangkai nak sembunyikan bau bangkai.

Anonymous said...

Pak karamu, janganlah kau menghina din ayam. Kau tak tahukah dia tu sapa? Mertuanya adalah seorang presiden tau!!!

Anonymous said...

TAK SALAH PAKAI PORCHE SEKELIAN
BUKAN RUGI MINTA DI BAILOUT LAGI
BUKAN ANAKCUCU KRONI DIUTAMAKAN
ASAL JANGAN JADI KEPALA PEROMPAK INI

ALAHAIIII...!!


KIKIKIKI....

sandy said...

______

شركة نقل عفش من الرياض الى الدمام الاحساء الخبر

افضل شركة نقل عفش من الرياض الى جدة

___________

steve said...


شركة شحن عفش من جدة الى الامارات
شركة شحن عفش من جدة الى الاردن
شركة نقل عفش من جدة الى الدمام
شركة نقل عفش من جدة الى المدينة المنورة
شركة نقل عفش من جدة الى الطائف
شركة شحن عفش من جدة الى البحرين

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.