Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KOREK KES NI SAMPAI LUBANG CACING

Peguam persoal alasan undurkan Syazlin dari inkues Adib

Hariz Mohd  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Tindakan peguam Syazlin Mansor mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pada masa sama mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues kematian anggota bomba berkenaan, sepatutnya tidak menjadi isu.

Bercakap kepada Malaysiakini, peguam Salim Bashir Bhaskaran berkata tiada sesiapa dibicarakan dalam inkues tersebut dan semua pihak yang terlibat hanya membantu koroner untuk mendapatkan penemuan.

"Pertama sekali, kita mesti tahu bahawa jika dia bertindak untuk kedua-dua kementerian dan pihak keluarga, itu boleh menjadi konflik kepentingan, saya tidak menafikannya.

"Tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu ingat bahawa ini adalah inkues. Dengan pihak-pihak (terlibat), tiada sesiapa yang sedang dibicarakan," kata Salim.

Salim berkata demikian mengulas penjelasan Peguam Negara Tommy Thomas berhubung penarikan diri peguam Syazlin Mansor daripada inkues berkenaan.

Thomas berkata Syazlin berada dalam konflik kepentingan apabila bersetuju mewakili kementerian itu, sedangkan beliau juga merupakan peguam keluarga Adib.

Peguam Negara juga menyatakan semua kementerian dan jabatan kerajaan dikehendaki mendapatkan nasihat perundangan dari Jabatan Peguam Negara ketika melantik peguam luar.

Walaupun tidak menafikan Syazlin perlu dilantik oleh kementerian itu setelah mendapat kelulusan AGC, namun Salim mempersoalkan arahan menyingkirkan Syazlin yang tidak kena pada masanya.

"Di bawah prosiding kerajaan, AG mesti memberi fiat kepada peguam peribadi untuk bertindak, itu jelas. Kerana di sini, Syazlin perlu mengambil fiat itu.

"Satu-satunya isu adalah mengapa bantahan itu tidak dilakukan sebelum ini. Kenapa isu ini (timbul) pada akhir pendengaran?" soalnya.

Salim juga menafikan dakwaan bahawa pelantikan Syazlin oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah konflik kepentingan kerana suaminya bekerja untuk menteri, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata isu itu tidak timbul kerana Syazlin mem berikan khidmatnya kepada kementerian itu secara pro bono.

"Tidak ada konflik kepentingan apa pun yang melibatkan suami dan semua itu. Secara teknikal, dia bertindak pro bono.

"Jika dia dibayar oleh kementerian, maka mungkin (ada konflik kepentingan), tetapi di sini dia bertindak pro bono," tegasnya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.