Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR PERLU JUMPA AGONG

ANUAR JUMPA AGONG JIKA NAK JADI PIEM

Anwar perlu mengadap Agong jika ada sokongan jadi PM - PAS

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PAS mencadangkan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim supaya mengadap Yang di-Pertuan Agong susulan kenyataannya bahawa beliau mempunyai sokongan mudah ahli parlimen yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata jika dakwaan itu benar, ia membawa maksud Dr Mahathir Mohamad telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri.

“Sekiranya ini adalah benar, Anwar Ibrahim sepatutnya segera mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum tentang perkara tersebut.

“Beliau juga boleh membawa Usul Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 43(4), Perlembagaan Persekutuan,” kata Takiyuddin dalam kenyataannya, hari ini.

Menurut setiausaha agung PAS itu, sekiranya Usul Undi Tidak Percaya diluluskan maka Mahathir mempunyai dua pilihan iaitu meletakkan jawatannya atau menasihatkan Seri Paduka untuk membubarkan Parlimen dan baginda mempunyai kuasa mutlak untuk mempertimbangkan atau menolaknya.

Pada 18 Julai lalu, Anwar dilaporkan melahirkan keyakinan mendapat dan mempunyai sokongan diperlukan untuk menjadi perdana menteri.

Malah, katanya, beliau mempunyai sokongan ahli parlimen PKR, Pakatan Harapan dan restu Dr Mahathir untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

PAS tidak akan sokong undi tidak percaya

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga adalah ahli prlimen Kota Bharu itu berkata semua 18 orang MP PAS tidak akan menyokong sekiranya ada usul undi tidak percaya kepada Mahathir.

Jelasnya, gesaan pihak-pihak tertentu supaya perdana menteri menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada seseorang ahli parlimen lain menggantikannya adalah tidak selaras dengan undang-undang.

“Ia merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang tidak memerlukan nasihat dari mana-mana pihak,” katanya.

Semalam, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Bertindak Malaysia mencadangkan supaya Dr Mahathir menetapkan satu tarikh peralihan kuasa yang jelas.

Katanya, tarikh, antara setahun dari sekarang hingga selewat-lewatnya 9 Mei 2021 perlu ditetapkan untuk mengelakkan pelbagai khabar angin daripada disebarkan.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Marilah kita terus berdoa agar harapan kita dimakbulkan Allah. Amin Ya Rab

Anonymous said...

Ada sesuatu agenda bila parking kereta ditutup di sekitar jalan masjid india yg mana 99% di Jln Masjid India beragama Islam (Melayu mamak indon acheh dll) untuk melingkupkan perniagaan mereka. Bila parking kereta ditutup macamana orang ramai nak singgah dan beli secara pukal..?? Bila peniaga rugi senang puak sepet ni masuk dan kuasai kawasan strategik ini...Kenapa Petaling Street Jalan Alor dan Bukit Bintang tak tutup parking juga...???


mohon VIRAL kan...!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.