Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KENYATAAN SUDAH TUKAR KAA


Laporan: Anwar sokong keputusan tidak hantar pulang Zakir

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyokong keputusan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menghantar pulang pendakwah bebas, Dr Zakir Naik ke India.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat terutamanya selepas Zakir dilarang untuk berceramah, lapor Berita Harian. 

"Kalau kita lihat kenyataan beliau (Zakir) dia konsisten begitu, dia agak provokatif dan dalam wacana antara agama mungkin agak menyinggung. Tetapi saya tidak fikir beliau sengaja nak menghina atau pertikai kedudukan orang Cina atau India.

"Masalah kalau (Zakir) berucap akan timbulkan ketegangan, itu sudah diselesaikan (dengan larangan Zakir berceramah). Oleh demikian saya tidak fikir ini harus dikaitkan dengan gesaan atau desakan supaya dia dikirim pulang ke India.
 
"Jadi saya sokong untuk beliau kekal di Malaysia, terutama ketika siasatan terhadapnya diteruskan," katanya pada sidang media selepas Program Jelajah Presiden di Bangunan PKR di Kuala Terengganu.

Terdahulu beliau turut merasmikan bangunan berkenaan dan mengadakan dialog selama satu jam bersama ahli PKR seluruh negeri yang turut dihadiri Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail.

Anwar berkata, beliau sendiri menggesa dan merayu kepada Zakir supaya mengelak daripada menjadi percaturan politik pihak tertentu.
Zakir (gambar) mencetuskan kontroversi selepas beliau mengatakan rakyat Malaysia beragama Hindu lebih menyokong Perdana Menteri India Narendra Modi berbanding perdana menteri Malaysia.

Pendakwah dari India itu juga menggelar masyarakat Cina sebagai "tetamu lama" dan sekiranya mereka mahu beliau dihantar pulang ke India, maka "tetamu lama" perlu berbuat demikian terlebih dahulu.

Beliau kini sedang disiasat polis berhubung kenyataan tersebut.

Zakir bagaimanapun mendakwa kenyataannya itu diambil di luar konteks namun kemudian memohon maaf.

Pendakwah itu dikehendaki oleh pihak berkuasa India berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan mengeluarkan ucapan kebencian.

Zakir berkata beliau bersedia kembali ke India untuk menghadapi tuduhan itu jika diberi jaminan bertulis bahawa beliau tidak akan ditahan sehingga perbicaraan selesai.

7 orang berkata:

Anonymous said...

BANG NON MINTA ZAKIR NAIK DUDUK DAN DIAM
DAKWAH ZAKIR NAIK BERATUS RIBU MASUK ISLAM
BANG NON GI KUIL JADI SAMI GEREJA JDI PADERI MASJID JDI IMAM
BERAPA BANYAK BANG NON MURTADKAN DNG PLURALISMA HARAM..!??


BAKAL PM KE 8 LEBIH TERUK MACAM SESUMPAH... MME KAU BAKAL PM PALING LAMA DI ABAD KE 19 & 20 INI...




PUIIIII...

#LAWANPLURALISTMURTADSYAHID

~PakKaramu~ said...

semalam lain la ni lain, sok lain lusa lain, tu munafik tu

Anonymous said...

KAT CELAH MANA TUDUHAN MENCURI TU BERLAKU..!!?

KARMA FITNAH JIJIK MAKAN DIRI AKHIRNYA

Rosli berkata, demikian ketika disoal peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-56 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Harvinderjit: Dalam siasatan kamu, adakah kamu juga menyiasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694

Rosli: Ya, ada

Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukan duit daripada Prince Faisal bin Turki?

Rosli: Ada

Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 juta?

Rosli: Ya, lebih kurang.

Harvinderjit: Ada kemasukan duit dari Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) sebanyak RM243 juta?

Rosli: Ada

Ketika ditanya mengenai undang-undang yang diguna pakai SPRM, supaya AmBank menyemak dengan suruhanjaya itu terdahulu sebelum membenarkan Najib mengakses dokumen banknya, saksi berkata beliau tidak merujuk pada mana-mana undang-undang tetapi menggunakan inisiatif sendiri untuk memberitahu AmBank supaya merujuk kepada SPRM sebelum membenarkan Najib mendapatkan dokumen bank.

Harvinderjit: Saya mencadangkan, kamu mengarahkan bank supaya tidak memberi dokumen kepada pembelaan supaya pembelaan tidak dapat meneruskan kes?

Rosli: Tidak sama sekali, Yang Arif.

Saksi itu juga berkata, beliau tidak tahu nama penuh pegawai penyiasat SPRM yang mengendalikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Seingat saya namanya ialah Aidah, penguat kuasa kanan… tetapi saya tak tahu nama penuhnya,” katanya.

Harvinderjit: Bukankah Aidah rakan sekerja kamu?

“Ya, Aidah rakan sekerja saya. Tapi dia bukan isteri saya, jadi saya tak pasti nama penuh beliau,” katanya, yang mencetuskan gelak ketawa orang ramai dalam mahkamah.

Najib Razak berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Sejak awal perbicaraan tidak dapat dipastikan kemana hala tuju sasaran pasukan pendakwaan apabila yang dtunjukkan saksi-saksi membuktikan kebaikan Najib. Paling penting ialah saksi membuktikan wujudnya akaun derma daripada Kerajaan Arab Saudi.

BAHANA FITNAH JIJIK TERBONGKAR
SANG FITNAH RENTA TERDESAK SUDAH
KARMA SI FITNAH RAKYAT MAKIN SEDAR
PERSEPSI FITNAH TERTUBUH KERAJAAN HARAMJADAH

Perkembangan ini sudah membuktikan Najib tidak bersalah dan menunjukkan Tun Dr Mahathir, Dato’ Seri Shukri bekas KP SPRM dan Dato’Seri Saifuddin Menteri Luar, telah berlaku kesilapan dan fitnah keji berhubung derma daripada kerajaan Arab Saudi. Malah seawal 2016 media antarabangsa BBC News turut mengesahkan derma Arab Saudi itu.

Persoalannya, mengapa Shukri Abdul bekas KP SPRM itu dengan kejinya memilih untuk berbohong?

Pada macai yg cemas kenapa Unit Amal PAS dan Unit Sabil UMNO tak disatukan tak payah nak gundah cemas semacam..

TAK PAYAH MENYIBUK PENYATUAN UMAH
KAU BELA AJER ATOK RENTA KESAYANGAN
KARMA FITNAH MAKAN TUAN cHARAMJADAH
ACAH2 POWER KUASA PIBG JADI RUJUKAN



KIKIKIKIKI...


#HPU914LAWANSIFITNAHSYAHID

Anonymous said...

PENYATUAN UMMAH KEMBALIKAN KERAJAAN KHALIFAH

IMAM Al-Ghazali pernah memberi amaran: agama dan kekuasaan itu ialah kembar yang tidak boleh dipisahkan. Agama ialah asas, kekuasaan pula ialah pelindung. Segala hal yang tidak mempunyai asas akan runtuh, manakala segala perkara yang tidak memiliki pelindung akan hilang dan lemah.

Allah juga memberi ingatan keras dalam tiga surah berikut: ‘Surah As-Saff ayat 9: Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad ﷺ) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’.

Surah Al-Fath ayat 28: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad ﷺ) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (mengenai kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu)’.

Surah At-Taubah ayat 33: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’.

Kontroversi serangan ke atas pendakwah perbandingan agama terkemuka iaitu Dr Zakir Naik membawa seribu satu hikmah di bumi Malaysia.

Kontroversi Dr Zakir Naik sebaliknya membangkitkan arus kuasa Islam di Malaysia ke segenap pelosok warga.

Bangkitnya umat Islam Malaysia mempertahankan dakwah Dr Zakir Naik bukan sahaja diterajui parti politik seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan UMNO, bahkan juga didukung kuat oleh para mufti dan pendakwah muda dan badan bukan kerajaan.

Paling membanggakan kita tentulah keberanian para pendakwah muda seperti saudara Firdaus Wong Wai Hung (Multiracial Reverted Muslims), Dr Kamilin Jamilin (pakar kajian Hadis), dan juga saudara Yusuf Azmi (Pertubuhan Pengguna Semboyan 1Malaysia) yang tidak gentar dengan gerakan antidakwah Dr Zakir Naik – meskipun menyedari betapa sebahagian daripada pembenci itu memegang kuasa yang bukan sedikit dalam kerajaan.

AWAS TANGAN LIBERAL COMAMGO PLURALIST MURTAD CUBA SABOTAJ PERPADUAN UMAH

Hakikatnya, hari ini PM ke 7 Malaysia menghasut masyarakat Melayu Islam akan terus dibiar sengsara oleh Dr. Mahathir dan akhirnya seluruh ummah akan ditundukkan pada DAP...

Kita nak kembalikan Malaysia balik kepada majoriti, bukan majoriti dipecahkan untuk minoriti memerintah!!!

Cuba fikir, lojikkah Dr. Mahathir nak satukan ummah jika seumur hidup membenci PAS melampau sangat?

Ada personaliti korporat kata Dr. Mahathir nak betulkan balik hala tuju agenda untuk majukan orang Melayu...

Agenda PM ke 7 cuba sabotaj dan hijack Perpaduan Umah srmata untuk sokongan orang Melayu sahaja. Bila Melayu sokong semula PM ke 7 maka kaum Melayu akan dihina dan caci dengan kata kata Melayu Malas, Melayu Tak tahu berniaga kecuali anaknya, melayu subsidi dll. PM ke 7 akan kembali mengayakan kroni dan taukeh Cina semula. Ini fakta bangsat PM ke 4 dan ke 7.

Dah kaya tak nampak kesusahan dan masaalah rakyat...

Sebaliknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendekatan Dr Zakir Naik dan mendakwa Dr Zakir Naik memberi masalah: “kita nak tolong dia tapi dia beri masalah pula”.

Pendirian Anwar Ibrahim ini selari dengan desakan Menteri Gobind Singh Deo; Menteri M Kula Segaran; Menteri Dr Xavier Jayakumar yang mendesak agar Dr Zakir Naik dihalau keluar dari Malaysia dan dihantar balik ke India.

Pendirian sebegini turut disokong oleh Menteri Agama, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Wanita Parti Amanah Negara, Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa: “Kalau tanya saya, saya kira cara pemyampaian dakwah Zakir adalah tidak sesuai di Malaysia.Tetapi kita perlukan kaedah penyampaian dakwah yang lebih intelek dan tenang tanpa merendahkan maruah agama lain”.

Anonymous said...

PERINGATAN PADA BLOGGER PARIA FITNAH INI PASAL 'GAG ORDER"..

Perkara signifikan selain Kes SRC adalah isu seorang blogger yang sangat serius untuk diambil tindakan ke atasnya kerana blogger ini telah secara mutlak menghina mahkamah...

Persoalannya masih ingat kah macai macai bodoh PH dan blogger ini apa yang Tommy cakap pasal 'gag order'...

Ia bukan penghinaan mahkamah yang biasa. Ia adalah penghinaan mahkamah yang teruk yang pernah disaksikan. Peguam Shafee Abdullaj akan memberikan maklumat ini kepada Peguam Negara dan saya mahu lihat sekiranya Peguam Negara ini berani atau tidak untuk bertindak dan mendakwa blogger ini kerana menghina mahkamah...!!???

Kerana sebelum ini, perkara remeh temeh dan kecil dilakukan Najib dan Peguam Pembelaan pun Peguam Negara menganggapnya sebagai menghina mahkamah, kini saya mahu melihat apakah tindakan Peguam Negara dengan aduan Shafee Abdullah ini.

Jika beliau tidak bertindak atas aduan ini, kami akan membuat aduan di dalam mahkamah ini bagi memastikan blogger ini tidak mengulangi kesalahannya dan mahh memastikan blogger ini dihukum dengan berat atas apa yang dia telah katakan.

Beliau menghina DS Najib, membuat kesimpulan bahawa Najib bersalah, siap berkata budak tahun 1 fakulti undang-undang pun boleh tahu bahawa DSN bersalah, juga menuduh bahawa pasukan pembelaan sedang melakukan tugas yang tidak jujur. Semua ini telah dinyatakan. Anda tidak boleh ada penghinaan mahkamah yang lebih teruk daripada ini.

Kita mahu menjadikan blogger ini sebagai contoh supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain bahawa sungguhpun tidak ada “gag order” anda tidak boleh bercakap sesuka hati anda.

Anonymous said...

Apa pun tak dapat. Kita tukar balik yang lamalah.

kassim said...

As long as Anwar setuju dengan Dr M, so jgn pertikaikan yg ucapan yg lepas.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.