Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, February 5, 2015

Menjelang keputusan mahkamah, Anwar tawakal sebarang kemungkinan

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jelajah menjelang keputusan perbicaraan akhir Liwat II memberitahu penyokongnya beliau bertawakal dan berserah dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Anwar yang kini berdepan kemungkinan dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bertemu dengan penyokongnya di seluruh negara.

"Yang bakal saya hadapi 10 Februari nanti ini, kita bertawakal sajalah dan berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan," kata Anwar di hadapan kira-kira 100 orang ramai yang hadir mendengar tazkirah Maghrib disampaikannya di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, di Bukit Beruntung, Selangor malam tadi.

Anwar dalam tazkirahnya selepas solat Maghrib menceritakan mengenai kisah tauladan para nabi dan peranan yang perlu dimainkan pemerintah dalam menjaga serta memelihara kebajikan rakyat.

Beliau memberikan contoh dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor yang mengambil peduli tentang masalah dan hal ehwal rakyat.

"Di Selangor, saya selaku penasihat ekonomi sentiasa menasihatkan menteri besar baharu (Mohamed Azmin Ali) supaya mengambil peduli tentang perihal rakyat," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 26 Januari lalu mengumumkan, keputusan rayuan terakhir Anwar akan dibuat pada 10 Februari ini.

Keputusan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria itu dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Arifin yang mengetuai panel 5 hakim mula mendengar kes itu pada 28 Oktober dan berakhir pada 7 November lalu.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dan membenarkan ikat jamin sehingga keputusan di Mahkamah Rayuan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwa yang diketuai Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memfailkan rayuan balas bagi memohon hukuman yang lebih berat sehingga penjara 20 tahun dikenakan.

Kedudukan Anwar sebagai wakil rakyat bakal terjejas jika dipenjarakan lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

31 killed in TransAsia plane crash in Taiwan


ORANG JAWA KATA MELAYU TU LARI, MUNGKIN PELARIAN

Orang Melayu senyum sahaja
  • Dr Abdul Halim Dr Abdul Halim
1 / 1
SHAH ALAM - Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu tidak banyak mempertikaikan apa-apa perkara, dan sikap itu membuatkan kaum itu kini seolah-olah tertindas di negara sendiri.

Demikian pandangan Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek mengenai masyarakat Melayu yang terkenal dengan fitrah sebagai seorang yang suka merendah diri, tidak suka mencampuri urusan orang lain dan hanya menerima sesuatu dengan senyuman walaupun hakikatnya perkara itu tidak disenangi.

Beliau berkata, kerana kerendahan hati dan sikap penerimaan yang tinggi, ada ketikanya masyarakat Melayu ditindas dalam kebanyakan aspek.

"Orang Melayu ini pendiam. Jarang berkata tidak baik terhadap bangsanya sendiri, apatah lagi kepada bangsa lain. Mereka menerima apa sahaja kutukan, kritikan dengan senyuman.

"Melayu penuh adab kerana (agama) Islam (dianuti mereka) yang banyak menekankan nilai-nilai baik dalam diri. Jadi, kerana sifat Melayu begini, bangsa ini ditindas," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas situasi yang dapat dilihat di Malaysia sejak kebelakangan ini dengan orang Melayu yang mempertahankan bangsa sendiri dianggap rasis, namun kaum lain dibenarkan melakukan perkara sama.


AKAN MENYUSUL
Ibu Nur Syuhada minta UiTM tingkat keselamatan
  • Ibu kepada Nur Syuhada Johari, Nor Azlina Dawari. Ibu kepada Nur Syuhada Johari, Nor Azlina Dawari.
1 / 1
JITRA - Keluarga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang yang maut dikelar seorang lelaki di Perak Isnin lalu, meminta agar kawalan keselamatan di kampus itu ditingkatkan supaya tragedi yang menimpa anak mereka tidak berulang.

Ibu kepada Nur Syuhada Johari, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, tragedi yang menimpa anak perempuannya itu patut dijadikan iktibar oleh pihak keselamatan universiti tersebut supaya tidak mudah membenarkan orang luar memasuki kawasan kampus.

“Sebelum ini anak saya (Nur Syuhada) ada beritahu senang nak masuk kampus, hanya perlu lambai tangan pada pengawal keselamatan sahaja dah boleh masuk.

“Saya amat berharap, kawalan keselamatan di sana ditingkatkan selepas kejadian ini berlaku kerana saya sayangkan pelajar-pelajar di sana, saya tidak mahu kejadian sama berulang,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia dan keluarganya terkilan dan kecewa apabila membaca kenyataan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, yang dilaporkan Nur Syuhada mengikut suspek itu secara sukarela.

“Saya masih simpan mesej diterima daripada rakan anak saya yang memberitahu lelaki terbabit mengacukan pisau kepada anak saya.

“Macam mana, UiTM tahu anak saya ikut lelaki itu secara sukarela. Kami kecewa dengan kenyataan ini,” katanya.

Sementara itu, bapa Nur Syuhada, Johari Hashim, 55, berkata, dia berharap pembunuh anaknya dikenakan hukuman setimpal.

Isnin lalu, Nursyuhada yang juga penuntut jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan universiti tersebut maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 25 tahun, dipercayai bekerja sebagai tukang masak di Melaka ditahan reman tujuh hari bermula kelmarin untuk membantu siasatan.

Wednesday, February 4, 2015

Dr Mahathir sound Ismail Sabri.. Harga barang naik tak ada kaitan dengan Kaum katanya


Apa yang Ismail Sabri perlu faham ialah.. "Ini bukan tentang Cina, Melayu atau sesiapa saja, ini tentang barangan, bukan sahaja yang dijual oleh orang Cina... India, Melayu juga menaikkan harga barang, mereka tak turunkan harga barang.

"Ini bukan tentang Cina atau Melayu, ini tentang harga minyak yang turun tetapi harga barang tidak turun."

Dan ayat Tun kepada Ismail Sabri yang pailing best ialah ayat ini.."Mungkin dia tak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tak akan kata boikot barang jualan orang Cina,"

Maknanya Ismail Sabri tu bercakap tak guna otaklah.. main bedal saja atau dalam lain ayat "his mouth faster than his brain..."

Kah.. kah.. kah.. itupun berlambak Ketua Bahagian UMNO yang sokong dia.. aparaa...

Laporan berkaitan..


Harga barang naik tiada kaitan dengan kaum, Dr Mahathir tegur Ismail Sabri

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kerana membuat kenyataan berbaur perkauman mengenai perniagaan kaum Cina, mengatakan harga barangan yang naik tiada kaitan dengan kumpulan etnik peniaga.

Bekas perdana menteri itu berkata, daripada memainkan isu perkauman, Menteri Perniagaan dan Industri Asas Tani itu sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya," katanya pada satu sidang media di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

"Mungkin dia tak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.

Dr Mahathir berkata, isunya bukan tentang Cina atau Melayu, kerana terdapat peniaga Melayu dan India juga yang tidak menurunkan harga barang jualan mereka.

"Ini bukan tentang Cina, Melayu atau sesiapa saja, ini tentang barangan, bukan sahaja yang dijual oleh orang Cina... India, Melayu juga menaikkan harga barang, mereka tak turunkan harga barang.

"Ini bukan tentang Cina atau Melayu, ini tentang harga minyak yang turun tetapi harga barang tidak turun."

Berkenaan anggapan yang kos akan menurun kerana harga minyak jatuh, Dr Mahathir berkata, pengangkutan yang bergantung kepada minyak, hanya sebahagian daripada kos perniagaan, dan oleh itu keuntungan kepada pengguna hanya sedikit sahaja.

"Pengangkutan merupakan salah satu daripada kos elemen dalam semua perniagaan, mungkin sebanyak 10%. Jadi sekiranya harga minyak menurun, ia hanya akan terkesan kepada 10% daripada kos, dan keuntungan bersih jadi amat kecil."

Beliau berkata, ia penting bagi kerajaan untuk mengawal harga barangan import kerana pasaran tidak dapat dikawal selia dengan sendiri.

"Kita perlu pastikan import terkawal dan harga barangan dan pengangkutan diselia sedikit.

"Kita tidak suka mengawal selia perniagaan dan pasaran, tetapi kadang kala ia perlu kerana pasaran tidak dapat menyelia sendiri," kata Dr Mahathir lapor The Malaysian Insider

SUSPEK

[BERGAMBAR] Wajah Suspek Bunuh Nur Syuhada Tersebar Di Media Sosial


Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.
Suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Hari ini gambar suspek yang dikatakan amat kejam itu berjaya dikesan oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejam dari binatang.


Dalam pada itu keluarga mangsa di Jitra bapa kepada pelajar malang itu menceritakan pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di tingkatan lima.

Johari Hashim berkata, pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya.

Semoga pembalasan yang setimpal untuk suspek diatas apa yang dilakukan nya jika didapat bersalah dan perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa. -c2sini

FWCMS: Kelulusan Pekerja Asing Dalam 48 Jam


Tipu NFCorp: Shamsubahrin buat laporan polis

  • Mohamad Salleh Ismail Mohamad Salleh Ismail
1 / 1
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa laporan polis yang dibuat ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail terhadap Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dipengaruhi beberapa individu daripada parti pembangkang.

Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa berkata, perkara itu jelas kerana laporan polis yang dibuat Shamsubahrin dihantar kepada pihak SPRM oleh Anggota Parlimen Petaling Jaya daripada PKR, R.Sivarasa.
  
Abdul Razak berhujah bahawa Shamsubahrin juga mengakui peguam N.Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai dan peguam Latheefa Koya hadir ketika dia membuat laporan polis itu di hospital.   

"Tertuduh hanya membuat laporan polis sebulan selepas dia dituduh di mahkamah dan jelas bahawa laporan yang dibuatnya adalah difikirkan kemudian.   

"Pembelaan tertuduh juga adalah penafian semata-mata dan tidak menimbulkan keraguan sebaliknya mengesahkan kes pihak pendakwaan," katanya dalam hujahan  di akhir kes pembelaan Shamsubahrin di hadapan Hakim Rozilah Salleh.   

Dalam hujahannya juga, Abdul Razak berkata, keterangan pihak pendakwaan adalah meyakinkan dan tiada percanggahan ketara dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan.   

Katanya keterangan saksi-saksi pendakwaan juga tidak tercabar dan disokong antara satu sama lain.   

"Dengan ini pihak pendakwaan memohon tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas kesemua pertuduhan," katanya.   

Hakim Rozilah kemudian menetapkan 20 April untuk keputusan.    

Pada 30 Disember 2011, Shamsubahrin didakwa terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan pada 18 Jun 2012 dia didakwa  terhadap 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.   

Dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir  Mohamad untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh  bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. - Bernama
15 terbunuh dalam nahas pesawat TransAsia

  • Difahamkan kira-kira 15 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas ke dalam sungai. - Foto EPA Difahamkan kira-kira 15 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas ke dalam sungai. - Foto EPA
1 / 1
TAIWAN – Kira-kira 15 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas ke dalam sungai berhampiran Taipei, pagi tadi.
Memetik laporan dari portal 9news, setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan lebih dari 30 mangsa nahas masih terperangkap di dalam badan pesawat itu.

Pesawat yang membawa 58 penumpang dan anak kapal itu dikatakan terhempas ke dalam sungai tiga minit selepas berlepas dari lapangan terbang Songshan, lapor aplikasi FlightRadar24.

Laporan AFP yang memetik stesen televisyen tempatan turut melaporkan, 17 dikatakan selamat dalam insiden itu.

Setakat ini pihak berkuasa masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat di sungai tersebut.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 itu dalam penerbangan domestik ke Pulau Kinmen sebelum ia melanggar jambatan dan terjunam ke dalam sungai.

Insiden berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas pesawat berlepas dari lapangan terbang menuju ke destinasi.

Menurut laporan portal itu lagi, TransAsia Airways dikatakan melakar sejarah hitam sekali lagi pada tahun ini, selepas pesawat model yang sama turut dilaporkan terhempas pada Julai tahun lepas.

Dalam nahas tahun lalu, sekurang-kurangnya 51 terkorban, manakala tujuh lagi mengalami kecederaan teruk selepas pesawat TranAsia gagal membuat pendaratan kecemasan dalam cubaan kali kedua di lapangan terbang Magong berikutan cuaca buruk.
 

SAME JE KITE NIH !

DAP ENGGAN ULEH PASE KENYATAAN CIK GU TAPA, PM KITEPUN ENGGAN ULEH ! SAME JE ! HU HU HU - Pak Karamu
 
PM keluar kenyataan isu boikot petang ini

  • Najib Tun Razak Najib Tun Razak
1 / 1
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu boikot peniaga Cina pada petang ini.

Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri ketika ditemui selepas satu sidang media, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai  pengumuman tersebut.

"Buat masa sekarang saya tidak boleh beritahu apa-apa, kita tunggu sahaja pengumuman Perdana Menteri pada petang nanti.

Selepas itu baru saya boleh keluarkan kenyataan," katanya ketika ditemui Sinar Online dalam sidang media Ketua-ketua Umno bahagian di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Ketua Pemuda MCA bersama DAP]

[ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri perjelas isu boikot peniaga]

Ismail Sabri menjelaskan tujuan kenyataan mengenai boikot peniaga Cina yang ditulis diruangan komen pada status pengikut laman Facebooknya meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna menekan peniaga dan pengedar yang mengaut keuntungan berlebihan walaupun harga minyak diturunkan.

ATE ? SAME LE KITE ! PEH NGAN DAP, UMNO NGAN MCA ! HU HU HU

MCA cuba raih simpati politik

  • Zahidi Zainul Abidin Zahidi Zainul Abidin
1 / 1
SHAH ALAM - “Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaakob adalah untuk memberi kesedaran terutama kepada pengguna , tiada kaitan pun dengan isu perkauman sebaliknya ia isu negara! demi pengguna,” demikian reaksi Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung kenyataan Ismail Sabri  terhadap perniaga berbangsa Cina baru-baru ini.

Kata Zahidi, beliau juga hairan dengan  tindakan MCA yang seolah-olah mahu menjadi juara padahal MCA sendiri gagal untuk  menangani isu ini.

“ Dalam isu ini kita bincang isu pengguna…tidak beri kelebihan kepada mereka (MCA), patut buat kerja lain lagi.

“. .. Sepatutnya MCA  beri penerangan kepada kaum cina, terangkan mengenai isu ini.

“Ini tidak, mereka ‘menari’ ikut rentak DAP, cuba ambil kesempatan untuk raih simpai pulak,” katanya kepada Sinar Online semalam.

Mengulas lanjut Zahidi berkata, oleh itu beliau menyokong penuh kenyataan Ismail tersebut.

“Bagi kita sebagai rakan ahli parlimen kita memberi sokongan penuh kepada kenyataan Datuk Ismail Sabri tersebut,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dikecam teruk, termasuk dari rakan komponen sendiri, iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon apabila mengecam peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barangan.

Ismail Sabri sebelum ini telahpun menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan ditujukan kepada peniaga kaum Cina sahaja tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.

Pada Isnin, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon secara terang menyatakan mahu berganding dengan DAP menyerang Ismail.

Dalam kenyataannya, Sin Woon dilaporkan membidas Ismail dengan berkata: 'untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ismail hanya membuat kenyataan peribadi, bukan pendirian Kabinet mahupun BN.

ATE ? PASE TAK FAHAM TAKDIR

Guan Eng tidak patut campur urusan Kelantan

  • Mohd Amar Abdullah
1 / 2
KOTA BHARU - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan kerajaan Kelantan menguruskan permasalahan banjir yang melanda baru-baru ini tegas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Mohd Amar berkata, kerajaan Kelantan tidak pernah menyentuh soal pentadbiran beliau sekalu Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Tidak sepatutnya ketua kerajaan mengkritik kerajaan yang lain itu tidak elok. Kita di Kelantan tidak pernah komen sikap dia sebagai Ketua Menteri,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MB: Kenyataan Guan Eng tuduhan berat]

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Guan Eng yang dianggap menuduh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob tidak pandai melaksanakan tanggungjawabnya ketika banjir baru-baru ini.
Kenapa Ketua Pemuda MCA bersama DAP

  • Antara kata-kata sokongan diberikan kepada Ismail Sabri di media sosial. Antara kata-kata sokongan diberikan kepada Ismail Sabri di media sosial.
1 / 1
PUTRAJAYA - Barisan Ketua-ketua Umno hari ini menuntut penjelasan berhubung tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon yang dikatakan menyuarakan penentangan terhadap Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzil berkata, tindakan Sin Woon yang bekerjasama dengan DAP menentang kenyataan Ismail yang dikeluarkan baru-baru ini amat keterlaluan.

"Tindakan dia yang bersekongkol dengan DAP  menyelar kenyataan Datuk Ismail adalah satu tindakan yang dilihat amat keterlaluan.

"Kami mahu Presiden MCA mengambil tindakan tegas ke atas dia berhubung tindakannya itu. Kerjasama itu tidak dapat diterima kerana DAP terbukti sebuah parti yang cauvanis dan selalu menimbulkan isu perkauman," katanya dalam sebuah sidang media yang dihadiri lebih 60 ketua Umno bahagian di sini, hari ini.

Kelmarin, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon secara terang menyatakan mahu berganding dengan DAP menyerang Ismail.

Dalam kenyataannya, Sin Woon dilaporkan membidas Ismail dengan berkata: “Untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ismail hanya membuat kenyataan peribadi, bukan pendirian Kabinet mahupun BN.”

Musa dalam sidang media tengahari ini menambah, Sin Woon juga tidak mempunyai hak untuk meminta Ismail diundurkan dari jawatan menteri.

"Dia perlu jawab kenapa dia sanggup duduk semeja bersama DAP dan sanggup minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat Datuk Ismail Sabri dari jawatan menteri.

"Kami sentiasa beri sokongan penuh terhadap kedudukan Ismail Sabri sebagai menteri. Apa yang dilakukannya adalah untuk memperjuangkan nasib semua kaum dan seluruh rakyat, bukan hanya untuk kaum Melayu sahaja!" tegasnya.
Polis panggil Ismail Sabri petang ini
  • Khalid Abu Bakar Khalid Abu Bakar
1 / 1
SHAH ALAM - Polis akan memanggil Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini bersabit kenyataannya tentang isu boikot peniaga Cina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Ismail Sabri akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang membangkitkan rasa kegusaran di kalangan masyarakat.

"Kita akan berjumpa beliau petang ini, Insya-ALLAH untuk merakam ucapan," beliau dipetik sebagai berkata pada sidang media selepas merasmikan Smart Library di Markas PDRM Cheras, pagi ini.

"(Kita) dah setuju, cuma kita sedang aturkan masa kerana hari ini mesyuarat Kabinet, jadi bagi peluang pada menteri dan pegawai lain bermesyuarat," katanya lagi.

Ahad lalu, Ismail Sabri dalam status Facebooknya meminta pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina supaya mereka boleh menekan harga barangan menjadi lebih rendah.

Bagaimanapun beliau kemudiannya memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang bukanlah merujuk kepada peniaga Cina secara keseluruhannya tetapi kepada tauke-tauke yang terus berdegil hendak mengaut keuntungan.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.