• Zahidi Zainul Abidin Zahidi Zainul Abidin
1 / 1
SHAH ALAM - “Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaakob adalah untuk memberi kesedaran terutama kepada pengguna , tiada kaitan pun dengan isu perkauman sebaliknya ia isu negara! demi pengguna,” demikian reaksi Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung kenyataan Ismail Sabri  terhadap perniaga berbangsa Cina baru-baru ini.

Kata Zahidi, beliau juga hairan dengan  tindakan MCA yang seolah-olah mahu menjadi juara padahal MCA sendiri gagal untuk  menangani isu ini.

“ Dalam isu ini kita bincang isu pengguna…tidak beri kelebihan kepada mereka (MCA), patut buat kerja lain lagi.

“. .. Sepatutnya MCA  beri penerangan kepada kaum cina, terangkan mengenai isu ini.

“Ini tidak, mereka ‘menari’ ikut rentak DAP, cuba ambil kesempatan untuk raih simpai pulak,” katanya kepada Sinar Online semalam.

Mengulas lanjut Zahidi berkata, oleh itu beliau menyokong penuh kenyataan Ismail tersebut.

“Bagi kita sebagai rakan ahli parlimen kita memberi sokongan penuh kepada kenyataan Datuk Ismail Sabri tersebut,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dikecam teruk, termasuk dari rakan komponen sendiri, iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon apabila mengecam peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barangan.

Ismail Sabri sebelum ini telahpun menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan ditujukan kepada peniaga kaum Cina sahaja tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.

Pada Isnin, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon secara terang menyatakan mahu berganding dengan DAP menyerang Ismail.

Dalam kenyataannya, Sin Woon dilaporkan membidas Ismail dengan berkata: 'untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ismail hanya membuat kenyataan peribadi, bukan pendirian Kabinet mahupun BN.