• Dr Abdul Halim Dr Abdul Halim
1 / 1
SHAH ALAM - Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu tidak banyak mempertikaikan apa-apa perkara, dan sikap itu membuatkan kaum itu kini seolah-olah tertindas di negara sendiri.

Demikian pandangan Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek mengenai masyarakat Melayu yang terkenal dengan fitrah sebagai seorang yang suka merendah diri, tidak suka mencampuri urusan orang lain dan hanya menerima sesuatu dengan senyuman walaupun hakikatnya perkara itu tidak disenangi.

Beliau berkata, kerana kerendahan hati dan sikap penerimaan yang tinggi, ada ketikanya masyarakat Melayu ditindas dalam kebanyakan aspek.

"Orang Melayu ini pendiam. Jarang berkata tidak baik terhadap bangsanya sendiri, apatah lagi kepada bangsa lain. Mereka menerima apa sahaja kutukan, kritikan dengan senyuman.

"Melayu penuh adab kerana (agama) Islam (dianuti mereka) yang banyak menekankan nilai-nilai baik dalam diri. Jadi, kerana sifat Melayu begini, bangsa ini ditindas," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas situasi yang dapat dilihat di Malaysia sejak kebelakangan ini dengan orang Melayu yang mempertahankan bangsa sendiri dianggap rasis, namun kaum lain dibenarkan melakukan perkara sama.


AKAN MENYUSUL