Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELAMAT DATANG MAHADHIR

TPM: Kami alu-alukan kehadiran Mahathir dalam PRK
TPM: Kami alu-alukan kehadiran Mahathir dalam PRK
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir Ramah Mesra bersama pengundi dan masyarakat tempatan di Dewan Orang Ramai Ulu Kenas, Pusat Daerah Mengundi Ulu Kenas. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA KANGSAR - "Kami alu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)".

Demikian kenyataan Timbalan Perdana Menteri,‎ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas mengenai adakah kempen BN akan terjejas sekiranya Mahathir turun berkempen membantu calon lain selain daripada BN.

Mahathir dilaporkan akan membantu Pakatan Harapan berkempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bekas Perdana Menteri keempat itu dijadualkan turun di Sungai Besar pada 11 dan 17 Jun manakala di Kuala Kangsar pada 12 serta 16 Jun.

Mahathir sebelum ini menjelaskan bahawa dirinya akan turun berkempen membantu parti yang menyokong Deklarasi Rakyat andai kesihatannya mengizinkan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan kempen BN di Kuala Kangsar setakat ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada jentera BN, saya lihat jentera BN begitu bekerjasama dan keras dalam membantu calon BN," katanya di Pusat Daftar Mengundi di Ulu‎ Kenas Kuala Kangsar hantar ini.

MISI AMANAH KABUR SEBAB PARTI ITU TAK DE DASAR YANG JELAS DAN AHLI YANG SEDIKIT, MENGHARAPKAN SOKONGAN DAP DAN PKR

Penyertaan Amanah dalam PRK bukan suka-suka
Penyertaan Amanah dalam PRK bukan suka-suka
Asmuni ketika ditemui pada sidang media di sini, hari ini.

KUALA KANGSAR - Amanah Perak menegaskan penyertaan parti itu dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar bukan sekadar suka-suka sebaliknya sebagai batu loncatan untuk menggantikan kerajaan sedia ada.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, perkara itu dijelaskan kerana ada pimpinan Pas yang berpendapat penyertaan Amanah pada PRK itu memudahkan peluang BN untuk meraih kemenangan.

"Kita tak pernah beri tongkat kepada BN sebab motto kita berlawan nak bentuk kerajaan, bukan nak jadi penasihat.

"Kita juga akan bangkitkan isu rakyat setempat selain takkan ambil pendekatan untuk tak serang BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pemuda Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Pas, Idris Ahmad yang berpendapat tindakan Amanah menyertai PRK tersebut memberi tongkat kepada Umno dan BN untuk mengekalkan kemenangan.

Menurutnya, beliau turut mengakui calon Amanah, Dr Termizi Ramli agak sukar ditemui oleh pihak media kerana sibuk dengan jadual yang telah disusun sebelum ini.

Beliau berkata, pendekatan itu juga terpaksa dilakukan bagi mengelakkan sebarang gangguan dan kesulitan daripada berlaku.

"Jadi kalau kami biarkan pihak tuan (media) menganggu, ia akan merencatkan perjalanan calon yang telah disusun sebelum ini," katanya.

Katanya, satu sesi khas Ahmad Termizi bersama media akan diadakan esok bagi menjelaskan tentang visi dan misi sebenar beliau.

"Jam 9.30 pagi sesi bersama media versi bahasa Cina dan Tamil manakala jam 12 tengah hari ia akan dijalankan membabitkan media versi bahasa Melayu serta Inggeris," katanya.

DALAM ISLAM APA NAK HUKUM ORANG INI ?


Tidak sokong pindaan RUU sebab buka jalan hudud
Nancy Shukri
Nancy Shukri

SUNGAI BESAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menegaskan tidak menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 kerana ia hanya membuka jalan kepada perlaksanaan hudud.

Nancy berkata, pendirian itu selaras dengan ketegasan parti itu yang menolak pindaan terbabit.

Mengulas sama ada beliau akan mengundi menentang rang undang-undang persendirian itu, Nancy memberitahu beliau tidak akan berada di Dewan Rakyat sekiranya rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

“Saya bukan saja menolak (tidak sokong rang undang-undang yang dibentangkan) tetapi, tidak akan berada di sana.

“Saya telah menunjukkannya pada hari ia dibentangkan. Saya tiada di dalam (Parlimen),” katanya pada sidang media selepas Program Hello Komoditi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar.

ADA RAHSIA AMANAH BULI PKR

BERPECAH ? SEPATUTNYA PKR YANG  RELAVAN BERTANDING DI DUA PRK K.KANGSAR DAN SUNGAI BESAR, BUKAN AMANAH, NAMUN TETIBA KITA DENGAR AMANAH YANG BERTANDING, INI SEBAB DAP SOKONG KUAT AMANAH YANG BERTANDING SEBAB NAK TEST POWER SOKONGAN DARIPADA PENGUNDI PAS. KONON ANGGOTA PAS RAMAI IKUT AMANAH DARI IKUT PAS, MAKA MELOPONGLAH PKR, DAN PKR PUN SEGAN GAK DENGAN DAP, SEBAB DAP DAH JADI KEPALA PADA PAKATAN HARAPAN.
 
LOJIKNYA PERCATURAN POLITIK INI PARTI PKR LEBIH BERPELUANG BERTANDING  DARIPADA PARTI AMANAH KERANA AHLI PKR LEBIH RAMAI DARI AMANAH. NAMUN DISEBABKAN AMANAH NAK TEST POWER MAKA PKR KENALAH AKUR DAN MENYERAH KALAH SAHAJA, TAMBAHAN PULA PKR NAMPAK DIBELAKANG AMANAH DAP SOKONG KUAT, MAKA MELOPONGLAH PKR, TANGGUNGLAH !!! - Pak Karamu                                                                                                        
 
 
Pembangkang akan lebih berpecah selepas PRK?
PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar

SHAH ALAM – Pertembungan lebih satu lawan satu antara pembangkang bukan sahaja membuka peluang dan kelebihan buat BN, malah ia juga boleh meluaskan jurang antara parti-parti pembangkang.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar mungkin akan menjadi penentu masa depan Pakatan Harapan dan Pas.

Ini memandangkan keadaan yang semakin tegang antara Pas dan Pakatan Harapan dalam usaha merebut kerusi di kedua PRK.

“Segala-galanya berkemungkinan. Apa yang berlaku pada PRK kali ini boleh memberi kesan kepada Pakatan Harapan khususnya Amanah (Parti Amanah Negara) dan Pas.

“Ia juga boleh memberi kesan kepada hub Pas dengan PKR, antara PKR dan Amanah serta antara Amanah dengan DAP,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin pada hari ini mengesahkan akan berkempen menentang calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang bertanding pada PRK Sungai Besar.

Manivanan berkata, meskipun pada mulanya ahli Parlimen PKR itu tersepit dengan situasi tersebut, beliau akhirnya memilih untuk mengutamakan prinsip perjuangan parti yang didukung selama ini.

MAT SABU PERANGAI MACAM SYAITAN YANG DIREJAM


SABU MINTA AHLI PAS BERPALING TADAH MACAM DIA DAN GENG DIA, DIA MINTA BERPALING TADAH DARI PARTI PAS KE PARTI AMANAH YANG DASARNYA TAK TENTU HALA (KABUR) AGAKNYA DIA SURUH AHLI PAS TUNDUK PADA KEHENDAK DAP MACAM DIA DAN GENGNYA ! - Pak Karamu

 
Mat Sabu harap ahli Pas berpaling tadah
Pas

KUALA KANGSAR - Parti Amanah Negara (Amanah) mahu ahli Pas berpaling tadah dengan mengundi calon Amanah supaya BN dapat ditewaskan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, ini kerana perjuangan Pas secara bersendirian tidak akan berjaya untuk menumbangkan BN.


Malah akuinya, Amanah juga tidak mampu untuk menewaskan BN melainkan mendapat undi penyokong Pakatan Harapan dan undi daripada ahli Pas.


"Kepada saudara-saudaraku ahli-ahli Pas, adik-adikku yang dikasihi dan gigih bekerja, kamu boleh terus undi calon Pas tetapi tidak akan menang. Maaf saya berkata sedemikian.


"Nak kekal dalam parti itu silakan tetapi tolong undi calon Amanah. Itu sahaja yang boleh cabar BN. Saya ulang sekali lagi, Pas bersendirian dia lebih kuat tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya. Yang bercakap ini bukan sembarangan orang tetapi bekas timbalan presiden," katanya ketika berucap di ceramah kelompok di Kampung Sayong Lembah, malam tadi.

  
Inilah yang hadir. rakyat K.Kangsar  ajar amanah


Beliau berkata, berdasarkan pengalaman, Pas sukar untuk menang dalam pilihan raya walaupun parti Islam itu kuat bila bersendirian.


"Kalau kita bercakap dalam istilah pilihanraya, kalau kembali seorang diri, ya, kita kuat. Saya biasa ceramah di Kedah. Kehadiran hampir 100,000. Pakai kopiah putih sejauh mata memandang.


"Tetapi bila datang pilihanraya tempat ceramah itu pun tidak menang. Orang bukan Melayu tidak mengundi kita. Orang bukan Melayu di sesetengah tempat adalah penentu Dun dan Parlimen," katanya.


Dalam pada itu, Mohamad tetap yakin mendapat undi daripada ahli Pas walaupun Pas menganggap Amanah sebagai musuh.


"Saya yakin tetap dapat undi ahli Pas. Saya jumpa ramai dah. Pas sudah gagal. Melainkan di bawah Pakatan Rakyat. Jadi sekarang ini, melalui Pakatan Harapan sahaja mampu menumbangkan BN," katanya.

PEMIMPIN TERTINGGI AMANAH BACUL

Letak calon lightweight, Amanah dilihat kalah awal



Letak calon lightweight, Amanah dilihat kalah awal
Calon Parti Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli pada Hari Penamaan Calon untuk Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar. -Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM



KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat seolah- olah menyerah kalah sejak dari peringkat awal apabila meletakkan calon ‘lightweight’ dalam dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini sekaligus menunjukkan Amanah tidak serius untuk mencapai kemenangan dalam PRK berkenaan.


“Sebelum ini pemimpin Amanah sering memperlekehkan Pas kononnya tidak serius untuk menentang Umno sekaligus mendorong pihaknya meletakkan calon dalam kedua- dua PRK berkenaan.


“Bila dikatakan Amanah serius mahu menentang Umno, maka jangkaan pihak di dalam dan luar parti itu ialah Presidennya, Mohamad Sabu sendiri akan diangkat sebagai calon di Sungai Besar, manakala bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pula di Kuala Kangsar,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kedua- dua PRK berkenaan.


Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, bagaimanapun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya apabila dua nama tidak dikenali, iaitu Azhar Abdul Shukur dan Dr Ahmad Termizi Ramli, yang diletakkan sebagai calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


“Perletakan dua calon tidak terkenal ini menunjukkan Amanah takut untuk menghadapi risiko imej parti terjejas teruk jika calon terkenal di kalangan pemimpin tertinggi parti diturunkan dan kalah teruk dalam PRK berkenaan,” katanya.


Menurutnya, jika kedua- dua calon tidak terkenal ini berdepan kekalahan, maka Amanah boleh berdolak dalih kononnya wajar berikutan ia parti baru dan calon diketengahkan juga muka baru.


Kamarul Zaman, sikap berhati-hati Amanah ini mengecewakan banyak pihak yang mengharapkan nama besar dari bekas pemimpin Pas yang akan membawa cabaran parti itu.


“Kalaupun bukan Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohd Nizar, nama- nama seperti Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahmad Awang atau Asmuni Awi diharapkan akan diangkat Amanah sebagai calon.


“Apabila nama yang diletak itu bukan nama mereka yang pernah menjadi pemimpin utama Pas, ia menggambarkan pemimpin Amanah takut untuk berhadapan dengan Pas dan BN,” katanya.


Menurutnya, ketika ini, umum mengetahui bahawa bahawa sebelum ini wujud persaingan untuk menguasai Amanah antara bekas pemimpin Pas dan bekas pemimpin Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), apabila bekas pemimpin badan bukan kerajaan itu diletakkan sebagai calon yang mungkin mempunyai perkaitan dengan isu (persaingan) tersebut.


“Sepatutnya pemimpin Amanah lebih berjiwa besar dan meletakkan calon terbaik yang mereka ada untuk mendapatkan kesan maksima dalam PRK ini, sayang sekali bila mereka awal- awal lagi sudah kecut perut dan mengaku kalah, biarpun disokong DAP dan PKR,” katanya.

BAHASA KUMPULAN KALDAI, KALDAI INGAT ORANG SUNGAI BESAR NI BODOH ?

Misi Amanah tumbangkan BN, bukan Pas
Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara

SUNGAI BESAR – Misi utama Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding pada PRK Sungai Besar adalah untuk menumbangkan BN.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, Amanah tidak menganggap pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar itu untuk melawan Pas.

"Bagaimanapun, misi berkenaan akan gagal sekiranya penduduk memberikan undi mereka kepada Pas kerana akan berlaku pecah undi.

"Jadi penting untuk Amanah meraih undi sepenuhnya supaya misi menumbangkan BN tercapai," katanya selepas siri ceramah kelompok Amanah di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Izham turut menegaskan Amanah tidak pernah menggunakan harta kerajaan negeri untuk berkempen walaupun mereka berada di dalam Pakatan Harapan.

"Semua wang yang telah digunakan adalah milik parti dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah Selangor ketika ini.

“Ini bukan pendekatan yang diketengahkan Pakatan Harapan kerana parti yang bertanding bergantung pada kekuatan sendiri,” katanya.

HANYA WARTAWAN

June 7, 2016

13 Ceramah Perdana PAN Di Kuala Kangsar, Yang Dengar Hanya Wartawan

Mereka kata mereka sebuah parti baru yang kuat. Mereka kata mereka bakal mengantikan parti PAS. Hakikatnya PAN hanyalah balaci parti DAP. Rakyat sudah mula menghidu perkara ini dan sudah muak dengan lakonan mereka. Buktinya ceramah umum perdana parti itu semalam yang diserikan oleh Tuan Presiden dan calon sendiri di Kuala Kangsar hanya dihadiri oleh wartawan sahaja.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/06/ceramah-perdana-pan-di-kuala-kangsar.html#2Kp4OBceJpuVgKiH.99

DAP tidak dapat menerima hukum hudud kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

DAP MELONGGOKKAN  KESALAHAN PADA KERAJAAN ATAU KERAJAAN TIDAK BUAT TAFSIRAN TENTANG PERLEMBAGAAN NEGARA, ISLAM DIA TERIMA, HUKUM ISLAM DIA TAK TERIMA. MACAM DIA TERIMA BABI TAPI DAGING BABI DIA TAK TERIMA - Pak Karamu
 
 
Nafi anti Islam, hanya anti hudud
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
DAP tidak anti Islam, tapi bantah hukum hudud dilaksanakan di negara kita. Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung, DAP, Lim Guan Eng kelmarin, lapor Sin Chew Jit Poh.

Kata Guan Eng, DAP tidak dapat menerima hukum hudud kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Ini kerana dalam sesebuah negara, dalam masa yang sama tidak boleh mempunyai dua undang-undang jenayah yang berbeza, iaitu undang-undang sivil dan undang-undang Islam,” kata pemimpin DAP itu.

Mengenai tuduhan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap DAP sebagai ‘penyibuk’ kerana mencampuri urusan RUU persendirian yang hanya membabitkan orang Islam, kata Guan Eng, Abdul Hadi sebenarnya telah silap.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun kata RUU ini tidak adil,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu lagi.

Guan Eng turut berasa hairan kenapa MCA meminta DAP keluar menganggotai kerajaan Selangor sedangkan kerajaan negeri itu tidak pernah membentangkan sebarang usul hukum hudud dalam sidang Dun.

“Sepatutnya MCA, MIC dan Gerakan yang harus keluar dari BN. Ketiga-tiga parti inilah yang membenarkan Abdul Hadi bentangkan RUU di parlimen.

“Demi membuktikan tidak setuju hukum hudud dilaksanakan, MCA, MIC dan Gerakan patut segera meninggalkan BN, dan bukan hanya ugut meletakkan jawatan semata-mata,” katanya.

Lim turut membidas tindakan Pas sejak akhir-akhir ini yang kerap memainkan isu perkauman seperti yang dilakukan Umno dan BN selama ini.

“Pas sudah tidak seperti dulu. Pas tiap-tiap hari marah parti pembangkang, mereka sudah lupa mereka juga adalah parti pembangkang.

“Dalam dua PRK ini, pengundi yang sokong calon Pas bermakna mereka juga sokong calon BN. Pengundi yang sokong calon Amanah adalah pengundi yang sokong Pakatan Harapan dan menentang BN,” katanya.

Mengenai dakwaan Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa DAP ada memberi sumbangan kewangan kepada Amanah, Lim meminta Mustafa kemukakan bukti untuk menjelaskan dakwaannya.

Sementara itu, kempen PRK Sungai Besar mulai rancak sebaik sahaja selesai penamaan calon semalam.

Calon BN, Budiman Mohd. Zohdi sebagai contohnya, memulakan kempen di laman sosial apabila membuka akaun Facebooknya dalam tulisan Cina.

Dalam usaha menarik seberapa banyak undi Cina, calon BN ini menulis “Sayalah Ah Man” sebagai tajuk besarnya berserta gambar sendiri yang menunjukkan isyarat tangan menang.

Dalam Facebooknya itu, Budiman juga tidak ketinggalan memperkenalkan latarbelakangnya, yang antaranya menceritakan sejak kecil dilahirkan dalam kawasan kampung, suka berkawan, suka makan nasi lemak, roti canai dan mee Hailam.

Katanya, kewujudan Facebooknya ini adalah bertujuan untuk memberitahu aktivitinya sepanjang tempoh kempen kepada pengundi Cina parlimen Sungai Besar.

Kata Budiman lagi, demi berkomunikasi dengan lebih baik dengan pengundi Cina, beliau kini berusaha belajar bahasa Mandarin. Beliau mengakui mampu bertutur dalam dialog yang mudah, tetapi jika ada yang kurang faham, terpaksalah mendapatkan bantuan daripada pembantu atau sukarela untuk menterjemahkannya.

CALON PAS DITERIMA DENGAN BAIK PENDUDUK K.KANGSAR

Calon Pas akui pengundi makin kenali wajahnya
Calon Pas akui pengundi makin kenali wajahnya
Calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad ketika mengedarkan kurma kepada orang ramai di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar petang tadi. - Foto Sinar Online

KUALA KANGSAR - Memasuki hari pertama berkempen, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad menzahirkan  keyakinan dirinya akan diterima oleh pengundi di Parlimen berkenaan.

‎Najihatussalehah berkata,  sejak menjalankan kempen bertemu pengundi di awal pagi tadi, beliau yakin  wajahnya sudah 'menusuk' pandangan masyarakat Kuala Kangsar.

"‎Kita akan terus berkempen, kita keluar jumpa masyarakat sejak pagi tadi dengan  mengunjungi pejabat kerajaan dan hospital. Petang ini kita bertemu di bazar Ramadan pula, alhamdulillah mereka (pengundi) amat positif dan terima cara kempen kita dengan baik.

"Untuk makluman saya sudah menjadi Ketua Muslimat Pas Perak sejak 2011, jadi saya rasa orang Kuala Kangsar tidak janggal dengan saya.

"Insya-ALLAH tidak susah pengundi hendak kenal‎ muka saya. Lagi-lagi sekarang mereka makin kenal wajah saya," katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai cakap-cakap yang mengatakan bahawa dirinya tidak dikenali oleh orang Kuala Kangsar kerana beliau berasal dari Parit Buntar, Perak.

Ujarnya lagi, untuk berkempen sepanjang Ramadan ini, beliau akan menggunakan pendekatan mendekati pengundi dengan program-program yang berbentuk keagamaan.

"Kita akan hadir majlis solat terawih,  solat secara berjemaah Maghrib dan Isyak dan kita akan anjurkan program tadarus  al-Quran,"katanya.

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan  pertandingan empat penjuru di mana Najihatussalehah akan ditentang oleh Datin Mastura Mohd Yazid dari BN, Naib Ketua Amanah Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad‎ Termizi Ramli dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. ‎

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.

SENANG CERITA LA, INI NEGERI DAP DAN PKR SERTA AMANAH PUNYA

June 4, 2016


42 BN Dan PAS Diarah Turun Bendera Di Sungai Besar, Bagaimana Dengan PAN?


Majlis Daerah Sabak Bernam bertindak pilih kasih apabila mengeluarkan arahan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan PAS untuk menurunkan bendera parti yang kononnya dipasang tanpa permit di sekitar Parlimen Sungai Besar. 

Kenapa arahan yang sama tidak dikenakan ke atas parti PAN? Apakah disebabkan PAN mewakili Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Selangor, maka Majlis Daerah boleh tutup sebelah mata? Lebih menyakitkan hati tiada tindakan atau notis diberikan ke atas parti DAP walaupun bendera parti itu bebas dipasang di kawasan yang sama dan parti itu tidak bertand8ng di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Sudah sampai masanya Kerajaan BN di negeri lain menurunkan semua papan tanda, banner dan bendera parti pembangkang di semua negeri yang diperintah oleh BN. Tidak perlu takut kerana 'precedent'nya sudah ada di Sungai Besar. 

Beginilah corak pemerintahan pembangkang jika mereka mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Semasa PRK di Sungai Besar pun pembangkang suruh turunkan, yang pembangkang pasang sepanjang tahun tu bendera parti, apa cerita?

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/06/bn-dan-pas-diarah-turun-bendera-di.html#WKlylCXC6qJEbUEF.99

CINA SUKA BULAN, ITU PASAL CINA ADA KUIH BULAN

Pengundi bukan Islam tidak perlu takut undi Pas
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

SUNGAI BESAR - Pengundi bukan Islam diingatkan supaya tidak perlu rasa takut untuk memangkah 'bulan' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil berseloroh berkata, bulan yang berlambang bulat tidak boleh dipusing-pusing sepertimana dacing.

"Bulan lambang yang suci sebab ia berbentuk bulat..tak berubah kalau nak pusing pun tak boleh sebab bulat.

"Orang Cina patutnya biasa dengan bulan sebab mereka juga makan kuih bulan setiap kali perayaan. Bulan juga menunjukkan bilangan hari," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan di Dewan Bagan Sungai Besar, di sini, petang tadi.

Beliau berkata, Pas akan menunaikan janji sepertimana bulan yang mengelilingi bumi mengikut paksinya.

"Calon Pas (PRK Parlimen Sungai Besar), Dr Abdul Rani Osman seorang yang mesra pengundi sama ada Melayu, Cina dan India termasuklah Jawa dan Banjar. Inilah calon terbaik yang perlu disokong semua pengundi," katanya.

Sementara itu, kira-kira 300 kaum Cina dan India di Parlimen itu hadir pada majlis berkenaan.

mahfuz macam bertenggek diatas tunggul, kenyataannya tidak berfaedah pada parti

MAHFUZ CUBA NAK SELINDUNG KEJAHATAN AMANAH DAN DAP, ITULAH SIKAP SEBENAR HARUM MANIS, DILUAR PAS DIDALAM AMANAH. KATA MAHFUZ PAS GODAM AMANAH, UMNO JUGA HENTAM AMANAH, MACAM DUA PUKUL SATU. PAS PUKUL AMANAH SEBAB MEREKA MENGKHIANATI PAS, AMANAH ADIK BERADIK DAP YANG HENTAM PAS DAN MENGHALANG ISLAM YANG DIBAWA OLEH DASAR PAS,  KERANA ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS MAKA DAP BERJAYA PISAHKAN ANTARA PEJUANG ISLAM DENGAN PEJUANG SEKULAR ATAU ISLAM KABUR, MAKA KETAWALAH MAHFUZ, YANG NI MAHFUZ TAK SENTUH, dia hanya DIA HANYA SEBUT MACAM WRESTLING,  MAKA SAHLAH DIA HARUM MANIS - Pak Karamu
 
 
PRK seperti gelanggang ‘wrestling’, kata Mahfuz
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pertembungan parti-parti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar seperti pertemuan musuh di gelanggang gusti.

Ini kerana kata beliau, Pas dan BN hanya menumpukan usaha untuk menjatuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), bukannya berkempen untuk mengatasi calon parti pihak lawan.

“Bagi saya pertandingan seperti ini tak ubah macam pertandingan gusti (wrestling) di mana tiga pihak sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang. Lalu dua pihak akan cari jalan untuk lemahkan yang satu pihak lagi.

“Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang baru dua pihak lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan,kehandalan dan kebijaksanaan menipu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Menurutnya lagi, tentangan daripada Pas dan BN juga seolah-olah menunjukkan Amanah parti yang digeruni oleh kedua-duanya.

“Nampaknya parti saya Pas macam sudah isytihar yang parti Amanah sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pula akan menyerang BN seperti yang dinyatakan oleh pimpinan Pas sebelum ini.

“Begitu juga BN, mengisytihar Amanah musuh mereka dan tidak Pas. Sesekali dilihat dari serangan BN dan Pas nampak macam Amanah begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh Pas dan BN. Saya percaya pemerhati dan penganalisis politik Malaysia sedang melihat dalam kepeningan dengan perkembangan politik baru dari PRK ini,” katanya.

MUDAH-MUDAHAN

Kehadiran Hadi berjaya tarik pengundi Cina, India
Kehadiran Hadi berjaya tarik pengundi Cina, India
Sebahagian pengundi bukan Islam hadir pada Program Jamuan Rakyat di Dewan Bagan Sungai Besar, petang tadi.

SUNGAI BESAR - Kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menarik kira-kira 300 kaum Cina dan India di Parlimen Sungai Besar pada Program Jamuan Rakyat di Dewan Bagan Sungai Besar, di sini, lewat petang tadi.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd Razali Saari berkata, kehadiran pengundi bukan Islam itu dianggap sebagai luar biasa dalam keadaan Pas tidak menyertai Pakatan Harapan.

Katanya, populariti dan personaliti yang ada pada Abdul Hadi menyebabkan pengundi Tiong Hua dan India yakin terhadap Pas yang dilihat  bukan saja memberi tumpuan terhadap penganut agama Islam malah turut mampu membela nasib semua kaum di negara ini.

"Kami tak sangka, kaum bukan Islam  menerima baik Pas dan kami yakin mereka dapat berikan sokongan kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar," katanya.

Beliau berkata, program itu anjuran Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Lajnah Perpaduan Nasional dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.