Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMIMPIN TERTINGGI AMANAH BACUL

Letak calon lightweight, Amanah dilihat kalah awal



Letak calon lightweight, Amanah dilihat kalah awal
Calon Parti Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli pada Hari Penamaan Calon untuk Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar. -Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM



KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat seolah- olah menyerah kalah sejak dari peringkat awal apabila meletakkan calon ‘lightweight’ dalam dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini sekaligus menunjukkan Amanah tidak serius untuk mencapai kemenangan dalam PRK berkenaan.


“Sebelum ini pemimpin Amanah sering memperlekehkan Pas kononnya tidak serius untuk menentang Umno sekaligus mendorong pihaknya meletakkan calon dalam kedua- dua PRK berkenaan.


“Bila dikatakan Amanah serius mahu menentang Umno, maka jangkaan pihak di dalam dan luar parti itu ialah Presidennya, Mohamad Sabu sendiri akan diangkat sebagai calon di Sungai Besar, manakala bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pula di Kuala Kangsar,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kedua- dua PRK berkenaan.


Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, bagaimanapun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya apabila dua nama tidak dikenali, iaitu Azhar Abdul Shukur dan Dr Ahmad Termizi Ramli, yang diletakkan sebagai calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


“Perletakan dua calon tidak terkenal ini menunjukkan Amanah takut untuk menghadapi risiko imej parti terjejas teruk jika calon terkenal di kalangan pemimpin tertinggi parti diturunkan dan kalah teruk dalam PRK berkenaan,” katanya.


Menurutnya, jika kedua- dua calon tidak terkenal ini berdepan kekalahan, maka Amanah boleh berdolak dalih kononnya wajar berikutan ia parti baru dan calon diketengahkan juga muka baru.


Kamarul Zaman, sikap berhati-hati Amanah ini mengecewakan banyak pihak yang mengharapkan nama besar dari bekas pemimpin Pas yang akan membawa cabaran parti itu.


“Kalaupun bukan Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohd Nizar, nama- nama seperti Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahmad Awang atau Asmuni Awi diharapkan akan diangkat Amanah sebagai calon.


“Apabila nama yang diletak itu bukan nama mereka yang pernah menjadi pemimpin utama Pas, ia menggambarkan pemimpin Amanah takut untuk berhadapan dengan Pas dan BN,” katanya.


Menurutnya, ketika ini, umum mengetahui bahawa bahawa sebelum ini wujud persaingan untuk menguasai Amanah antara bekas pemimpin Pas dan bekas pemimpin Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), apabila bekas pemimpin badan bukan kerajaan itu diletakkan sebagai calon yang mungkin mempunyai perkaitan dengan isu (persaingan) tersebut.


“Sepatutnya pemimpin Amanah lebih berjiwa besar dan meletakkan calon terbaik yang mereka ada untuk mendapatkan kesan maksima dalam PRK ini, sayang sekali bila mereka awal- awal lagi sudah kecut perut dan mengaku kalah, biarpun disokong DAP dan PKR,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.