Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATUT LA ORANG UMNO KATA BERSATU LULUS BULAN DEPAN


Bersatu dakwa RoS lulus parti 9 September
Muhyiddin serah borang pendaftaran Parti Bersatu
Muhyiddin ketika ditemui media di perkarangan pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bakal meluluskan permohonan pendaftaran parti itu selewat-lewatnya 9 September ini.

Setiausaha Penajanya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, dalam pertemuan semalam, RoS memaklumkan kepada Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pihaknya tiada alasan untuk melengahkan kelulusan permohonan tersebut.

“Ini adalah kerana kita telah menepati segala kehendak dan syarat yang telah ditetapkan dalam permohonan bagi penubuhan sesebuah parti politik baru.


“Pihak RoS menjelaskan bahawa pihak mereka tiada sebarang halangan tentang tarikh tersebut memandangkan permohonan kita telah dikemukakan dengan kemas, lengkap dan tersusun bagi permohonan sesebuah parti politik baru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menghantar permohonan pendaftaran parti baharu itu di pejabat RoS di Putrajaya.

Dalam pada itu, menurut Kamarulazman, wakil RoS berpuas hati dengan usaha dilakukan pihaknya dalam melaksanakan perubahan yang perlu terhadap segala teguran dan cadangan RoS.

“Kita mengharapkan tiada lagi sebarang halangan bagi kelulusan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia selaras dengan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bahawa permohonan ini akan diluluskan tanpa sebarang masalah,” katanya.

ORANG KELANTAN MURAH JIKA TERIMA AMANAH


Hadi kepada Husam: Pas 'tak kisah'
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG - Pas ‘tidak kisah’ malah tidak terkesan dengan penyertaan bekas Naib Presiden Pas yang juga merupakan Adun Salor, Datuk Husam Musa ke dalam Amanah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak boleh menghalang  keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.

“(Pas Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Husam ikrar takluk Kelantan]

Dalam pada itu, beliau turut menyelar Husam kerana menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.

“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya.  

Abdul Hadi berkata, Allahyarham Nik Aziz sudah meninggal dunia dan berharap ALLAH menerima semua amalan dan mengampuni segala dosanya kerana setiap manusia ada amalan baik dan ada dosa kecuali nabi-nabi.

“(Semoga) Semua amalan-amalan Tok Guru diterima dengan sempurna, semua kesilapannya diampunkan ALLAH Taala, (dan) ALLAH  tinggikan martabat dia di sisi ALLAH Taala,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.  

“Saya lebih rapat daripada Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memaklumkan setakat hari ini tiada ahli Pas yang mengikuti jejak langkah Husam namun meminta mereka yang mempunyai masalah dengan Pas agar meninggalkan parti itu.

“Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam). Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja...Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya.

ATE ? KALO BUGIS TAK BERANI MASAKAN MEREKA BELAYAR MALAM


Tunggu Najib umum siapa MO1
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu tampil menyatakan identiti Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak tanggapan Najib tidak seberani Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Selagi Najib tidak membuat penjelasan siapa MO1, ini akan menunjukkan ada menteri yang takut hendak menyatakan siapa MO1 itu.


“Walaupun ada menteri yang terkeluar cakap dan menyatakan MO1 itu ialah Perdana Menteri. Ini akan mempamerkan kabinet tidak sehaluan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Abdul Rahman yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan agensi berita antarabangsa, BBC News mengesahkan MO1 yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil DOJ berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.

Menurut Mahfuz lagi, Kabinet dan Peguam Negara perlu sepakat dalam menyokong atau menolak kenyataan Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, beliau yakin Najib akan bersetuju di mana rakyat ingin melihat Perdana Menteri  yang berani dan bertanggungjawab.

“Berani bertanggungjawab adalah ciri pahlawan Bugis yang pernah kita baca. Kita tak mahu rakyat melihat Najib seperti yang selalu dilihat orang di Bugis Street.

“Oleh itu, Najib perlu menampilkan watak kepahlawanan Bugisnya  menyatakan siapa MO1,” katanya.

KESIAN PULAK AKU DENGAR KELUHANNYA, INILAH KELEMAHANKU !


'Saya hanya hamba ALLAH yang punya kelemahan'
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar akan terus istiqamah dan ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

Perdana menteri berkata, pengalaman selama lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia politik dan kerajaan telah sedikit sebanyak mengajar beliau tentang hal ehwal pentadbiran.

Bagaimanapun, katanya, beliau juga berdepan pelbagai situasi getir, masalah dan kejadian-kejadian lain yang berlaku di luar kawalannya.

"Ramai orang berpandangan bahawa seorang perdana menteri itu berkuasa dan berpengetahuan atas segala perkara dalam negara ini.

"Hakikatnya, tidak. Kita perlu sedar bahawa banyak perkara berlaku memang di luar kawalan seorang perdana menteri, malah saya hanyalah seorang hamba ALLAH yang mempunyai kelemahan dan juga ilmu yang masih perlu saya pelajari," katanya dalam rakaman audio ucapan perdana menteri mengenai pengalaman dalam politik dan kerajaan yang dimuat naik di laman blog www.najibrazak.com hari ini.

Najib berkata, beliau juga menerima banyak tohmahan daripada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi dan menggunakan isu tertentu untuk mengaburi mata rakyat bagi meraih sokongan.

"... tetapi inilah asam garam politik. Walau bagaimanapun, saya tetap istiqamah, ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

"Saya tidak ada niat lain daripada matlamat tersebut dalam perjuangan saya," katanya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa syukur kerana disertai anggota Jemaah Menteri yang mampu menjalankan tugas dengan baik, dan membolehkan rakyat menjalani hidup harmoni.

"Pengalaman 40 tahun saya inilah yang membolehkan saya masih teguh berdiri bagi berkhidmat untuk negara dan menempuhi segala cabaran yang mendatang," katanya. - Bernama

AIIIIYAH, WANG SUAPAN ?


Ayah Adun DAP direman tujuh hari
 Ayah Adun DAP direman tujuh hari
Keat Seong dibawa ke mahkamah untuk perintah reman tadi.

GEORGETOWN - Bapa Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga Jumaat depan.

Lim Keat Seong, 68, ditahan bagi membantu siasatan kes penerimaan wang suapan dalam pemilikan hartanah rumah kos rendah di Sungai Pinang.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Muna Maria Azmi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman Keat Seong bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Keat Seong ditahan SPRM di rumahnya semalam dan dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang untuk diambil keterangan.

Difahamkan, dia memberi keterangan lebih lima jam bermula jam 12.50 tengah hari sehingga 5 petang di pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta wang suapan itu.

Keat Seong hadir bersama-sama anak lelakinya dan seorang peguam dan difahamkan SPRM turut menjalankan siasatan di rumah lelaki berkenaan di sini kelmarin.

Sehingga kini, kira-kira 10 individu sudah dipanggil SPRM untuk diambil keterangan sejak isu penerimaan wang suapan bagi mendapatkan rumah mampu milik itu didedahkan Gerakan minggu lalu.

Isu itu terbongkar selepas Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbinca­ngan mengenai pem­bayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Perbualan dalam video itu menunjukkan rakaman­nya dibuat tahun lalu dengan bapa Adun berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan individu yang dipercayai telah membuat pembayaran, namun tidak mendapat rumah itu.

Dalam satu sidang media lain, Siew Khim menafikan pembabitannya dan juga menjauhkan diri daripada dakwaan rasuah yang mengaitkan bapanya dalam kes seorang pembeli mendapatkan sebuah rumah kos rendah.

Beliau turut kecewa dengan klip video yang tersebar dalam media sosial sejak lima hari lalu itu.

DUIT KOPI


Isu duit kopi: SPRM panggil Adun DAP beri keterangan
Isu duit kopi: SPRM panggil Adun DAP beri keterangan
Siew Khim (depan) bersama kedua-dua peguamnya, Ram Karpal (tiga dari kiri) dan Rayer (dua dari kiri) hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang.

GEORGETOWN - Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang bagi memberi keterangan berhubung kes rasuah melibatkan bapanya, Lim Kiat Seong, 68, dalam pemilikan hartanah rumah kos rendah di Sungai Pinang.

Beliau tiba di pejabat SPRM Pulau Pinang kira-kira jam 9.50 pagi tadi ditemani dua peguamnya, Ram Karpal Singh dan RSN Rayer.

Siew Khim yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang dilihat keluar dari pejabat SPRM kira-kira sejam setengah kemudiannya selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Ram Karpal ketika ditemui berkata, Siew Khim sudah selesai memberi keterangan lengkap sebagai saksi berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, proses merekod keterangan itu berjalan lancar apabila Siew Khim memberi kerjasama yang baik kepada pegawai penyiasat SPRM.

"Kehadirannya (Siew Khim) pada hari ini adalah sebagai saksi kepada semua suspek dalam kes ini. Beliau bukan suspek sebaliknya bertindak sebagai saksi sahaja dan keterangannya sudah diambil.

"Siew Khim kelihatan tenang memberi keterangan malah kita bersedia memberi kerjasama sekiranya SPRM memerlukan sebarang maklumat lain.

"Namun buat masa ini, keterangan yang diberikan Siew Khim sudah mencukupi. Sekiranya di masa hadapan SPRM memerlukan bantuan, kita bersedia untuk memberi kerjasama," katanya kepada media di luar pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah hari ini.

Ram Karpal berkata, keterangan yang diberikan Siew Khim itu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 16(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, Gerakan mendedahkan bapa Siew Khim  didakwa meminta rasuah untuk 'potong barisan' bagi mendapatkan unit perumahan mampu milik di negeri ini.

Pendedahan dibuat Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong itu dibuat selepas videonya sedang melakukan perbuatan itu dipertontonkan dalam satu sidang media.

Dalam video berkenaan, ia menunjukkan seorang lelaki dipercayai individu bernama Keat Seong, bapa kepada Siew Khim sedang berbincang berhubung bayaran wang suapan berkenaan.

Susulan daripada itu, Isnin lalu, SPRM memulakan siasatan berhubung tindakan Kiat Seong dan beberapa individu lain, yang didakwa melalukan kesalahan berkenaan.

HANYA ORANG UMNO ATAU X UMNO TAHU BAHAWA UMNO ITU SUKA BUAT FITNAH


Fitnah budaya Umno, dakwa Muhyiddin
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Umno didakwa menjadikan budaya memfitnah sebagai perisai bagi melindungi, memesongkan dan mengalihkan perhatian rakyat.

Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad terhadap dirinya adalah tidak benar.

“Itu idea terdesak beliau jika dilihat daripada dakwaan tentang cerita-cerita seks. Kisah ini pula dipopularkan oleh blogger buruan kini menjadi senjata digunakan oleh penasihat dan penyokong Najib untuk menyerang saya.

“Bak kata pepatah Melayu, biarkan Si Luncai terjun dengan labunya, biarkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, masalah peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi masalah parti.

“Akhirnya rasuah Najib menjadi imej rasuah Umno. Perkara itu ditentang saya sewaktu berada dalam Umno dan mahu parti itu berdiri demi kebenaran , keadilan serta tidak digunakan sebagai perisai Najib,” katanya.

Jelasnya, usahanya menanam kebenaran dalam Umno dibutakan oleh kesetiaan individu seperti  Tengku Sarifuddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain.

“Harga yang dibayar untuk kesetiaan saya selama ini adalah dipecat daripada parti sedangkan saya ahli sebelum Najib,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan yang didakwa menyebut berkaitan Malaysian Official 1 dan perdana menteri perlu diperjelaskan.

“Apa yang menyedihkan kita masih mempunyai orang-orang seperti Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan (Tengku) Sarifuddin yang mahu orang Melayu dan rakyat negara ini percayai perkara sebaliknya.

“Jangan ingat orang Melayu dan rakyat Malaysia boleh diperbodohkan dengan kata-kata Rahman. Jangan alihkan ia sebagai teori konspirasi khayalan,” katanya.

BERWASPADA, NI TENTU ADA MUSLIHAT, PULUHAN TAHUN MASIH BUKAN KERAKYATAN DULU TINGGAL MANA ? HUTAN ?


100,000 belum dapat kerakyatan Malaysia
kerakyatan Malaysia
 
TERDAPAT sekurang-kurangnya 100,000 kaum Cina yang menjadi penduduk tetap di negara kita masih belum memperoleh warga kenegaraan, demikian dinyatakan oleh Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Beliau berharap pihak kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

“Kebanyakan kaum Cina yang tidak mempunyai kad pengenalan ini adalah terdiri daripada golongan tua. Mereka telah lama memohon tetapi masih belum diluluskan oleh kerajaan,” katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Menurut Yin Huah, di bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan sebelum merdeka, maka seseorang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara.

“Sejak lebih daripada beberapa dekad lalu, pelbagai kaum telah memohon untuk menjadi warganegara Malaysia. Bagaimanapun, bagi kaum Cina, mereka sering kali menghadapi kegagalan ketika melalui temu duga akibat masalah bertutur dalam Bahasa Malaysia.

“Kebanyakan mereka sudah lama bermastautin di negara kita sehingga menjadi generasi ketiga dan mempunyai ramai cucu cicit. Mereka juga telah lama memberi sumbangan kepada negara kita. Oleh itu, tidak ada sebab kenapa permohonan mereka untuk menjadi warganegara kita ditolak," katanya.

rasuah ? DAP ke ?


Bapa Adun ditahan bantu siasatan kes rasuah
SPRM
SPRM

GEORGETOWN - Bapa seorang Adun Pulau Pinang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban berkata selepas menemu bual lelaki berkenaan, SPRM telah menahannya pada jam lebih kurang 10.30 malam tadi.

"Kami telah menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selepas membuat siasatan ke rumahnya pada lewat petang tadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan lapan individu tidak termasuk pesara berkenaan, bagi membantu siasatan kes itu.

Difahamkan, ADUN berkenaan akan hadir ke pejabat SPRM esok pagi untuk direkod keterangan berhubung dakwaan tersebut.  

Terdahulu, pesara berusia 68 tahun itu hadir ke pejabat SRPM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada jam kira-kira 12.50 tengah hari tadi bersama-sama anak lelakinya dan seorang peguam untuk lengkapkan siasatan berhubung dakwaan itu.

Isu urusan 'rasuah untuk rumah' itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri. –Bernama

APA AGAKNYA DASAR AMANAH KAT KELANTAN ? ISLAM ATAU SEKULAR ? DASAR PARTI ISLAM KE ?


Husam ikrar takluk Kelantan
 Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa

SHAH ALAM - Selepas mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi pada 31 Ogos lalu, Datuk Husam Musa berikrar untuk menakluk Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, usaha itu dilakukan bagi memastikan Kelantan tidak jatuh ke tangan Umno yang dakwanya lebih 'rakus' daripada Pas.

"Saya hendak minta izin rakyat Kelantan untuk Amanah mengambil alih pemerintahan Kelantan dalam PRU akan datang, kita tidak mahu Kelantan jatuh kepada Umno yang lebih rakus daripada Pas.

"Pas berada dalam keadaan goyang kaki, tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin kerajaan Kelantan tapi yang disiapkan ialah tugu banjir, kita tak marah kalau nak buat tugu tetapi siapkanlah rumah mangsa banjir dahulu... siap tugu dulu rumah tak siap macam mana," katanya.


Mengulas lanjut Husam berkata, untuk  memastikan Amanah berjaya menggantikan Pas di Kelantan pada PRU akan datang, Amanah perlu bekerja kuat daripada sekarang.

"Kita akan fokuskan 30 atau 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sementara sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pula Amanah perlu dapatkan 35 peratus, dan Insya-ALLAH lah," katanya.

Dun Kelantan kini terdiri daripada 45 kawasan iaitu diwakili oleh  Pas 31 kawasan, 12 BN, PKR 1 dan Bebas 1.

BUKAN MASALAH SALAH ATAU TIDAK, SOALNYA MO1 SUDAH DIJELASKAN SIAPA ORANGNYA


Rahman Dahlan perjelas kenyataannya dalam BBC
Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman

SHAH ALAM-  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menjelaskan semula kenyataannya kepada BBC News, berhubung isu 'Malaysian Official 1' (MO1).

Katanya, walaupun istilah 'Malaysian Official 1' (MO1) yang digunakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) merujuk kepada Perdana Menteri namun itu tidak bermakna Najib bersalah.

Menurutnya, ramai lagi yang dirujuk oleh DOJ, bagaimanapun, tiada seorangpun termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.

"Seperti yang boleh disahkan oleh mana-mana peguam, perbezaan antara dinamakan  sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar menjadi rujukan dalam siasatan, ibarat hitam dan putih,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.


Hari ini, BBC News mengeluarkan satu artikel yang mendakwa Perdana Menteri adalah 'Malaysian Official 1, menerusi temu bual bersama Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.

Sementara itu, Abdul Rahman turut mengulas tentang tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering memberi kenyataan mengelirukan dalam isu ini.

"Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dalam barisan pembangkang sengaja mencampur-adukkan kedua-duanya bagi mengelirukan rakyat Malaysia.

“Kegagalan tunjuk perasaan anjuran proksi mereka dalam mempersoalkan siapa MO1 adalah tidak relevan, memandangkan MO1 tidak menjadi subjek dalam sebarang saman sivil DOJ," katanya.   

Katanya lagi, selepas siasatan menyeluruh oleh beberapa pihak berkuasa, Perdana Menteri ternyata bebas daripada sebarang salah laku.

“Justeru, usaha Tun Mahathir memburukkan beliau terus gagal ,seperti mana semua perancangannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik,” katanya.

MUHYIDDIN SUDAH BUKA LANGKAH BERANI


‘Cabar nafi kenyataan saya atau saman saya’
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM- Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan dakwaan rasuah membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam skandal 1MDB.

Ujarnya, beliau juga sedia disaman oleh Najib, sekiranya kenyataannya berkenaan isu itu hanya 'cakap-cakap kosong'.

"PM Najib adalah MO1 sepertimana yang dinyatakan oleh DOJ , yang telah berpakat bersama Jho Low dan Riza Aziz untuk menjarah hasil 1MDB. Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.

“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu. Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Najib menafikan dakwaan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam.

Pada Januari lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali  mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait kontroversi isu 1MDB.

PERSOALANNYA APA NAK BUAT SEKARANG ?


'Terima kasih Rahman Dahlan'
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana didakwa mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ (MO1) adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, apa yang menimbulkan tanda tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan Kabinet dan juga Perdana Menteri.

"Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?

"Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1 bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Abdul Rahman sebelum ini dipetik sebagai mengesahkan bahawa MO1 yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.

Memetik laporan BBC News, Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, jika dibaca secara jelas dokumen itu ia secara jelas merujuk kepada Najib.‎

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," katanya.‎

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, pengakuan Abdul Rahman juga sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.

"SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.
"Pas dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung," katanya.

CAKAP BERPUSING-PUSING


Menteri akui MO1 adalah Najib Razak?
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dipetik sebagai mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan BBC News, Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, jika dibaca secara jelas dokumen itu ia secara jelas merujuk kepada Najib.‎

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," katanya.‎


DOJ menyebut MO1 dalam laporan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Memetik laporan itu lagi menyatakan, Rahman berkata, dalam isu ini mahkamah perlu membuat keputusan kerana ada nama lain yang dinamakan.

"Tetapi saya juga berkata, mengapa DOJ tidak menamakannya dengan nama yang betul. Ini kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan ini.

"Ada orang lain yang dinamakan... dan Jabatan Keadilan akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan," katanya.

Jelas Rahman lagi, Najib tidak perlu dipertanggungjawabkan di atas kegagalan 1MDB.

"Beliau telah bertanggungjawab dengan melantik pasukan baru di 1MDB.

"Tetapi hanya kerana sebilangan kecil NGO dan pembangkang yang mendesak supaya beliau mengosongkan kerusinya, beliau tidak seharusnya berbuat demikian. Itu adalah melampau,” katanya

Sebelum ini DOJ tidak menamakan 'MO1' tetapi menyifatkannya sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mempunyai AS$681 juta di akaun bank peribadinya.

Bagaimanapun Sinar Online yang meneliti video temubual BBC News tidak menunjukkan Rahman secara jelas menyebut individu tersebut adalah Najib Razak.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.