Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG KELANTAN MURAH JIKA TERIMA AMANAH


Hadi kepada Husam: Pas 'tak kisah'
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG - Pas ‘tidak kisah’ malah tidak terkesan dengan penyertaan bekas Naib Presiden Pas yang juga merupakan Adun Salor, Datuk Husam Musa ke dalam Amanah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak boleh menghalang  keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.

“(Pas Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Husam ikrar takluk Kelantan]

Dalam pada itu, beliau turut menyelar Husam kerana menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.

“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya.  

Abdul Hadi berkata, Allahyarham Nik Aziz sudah meninggal dunia dan berharap ALLAH menerima semua amalan dan mengampuni segala dosanya kerana setiap manusia ada amalan baik dan ada dosa kecuali nabi-nabi.

“(Semoga) Semua amalan-amalan Tok Guru diterima dengan sempurna, semua kesilapannya diampunkan ALLAH Taala, (dan) ALLAH  tinggikan martabat dia di sisi ALLAH Taala,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.  

“Saya lebih rapat daripada Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memaklumkan setakat hari ini tiada ahli Pas yang mengikuti jejak langkah Husam namun meminta mereka yang mempunyai masalah dengan Pas agar meninggalkan parti itu.

“Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam). Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja...Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Mudah2 ramai rakyat kelantan yang akan menyertai Amanah. Aminn Ya Rab.

Anonymous said...

Tiada satupun parti didunia boleh kekal selama2nya. Begitu juga dgn pas. Lama2 mereput lah dia. InshaAllah.

Myshah said...
This comment has been removed by the author.
Myshah said...

Insta Allah Pas akan terus kukuh dan bertambah kuat. Orang2 yang bermasalah dah banyak keluar.

An Anonymous said...

Setuju tu..

Husam pasti tak setuju satu lawan satu sbb di Kelantan dia nak lawan 3 penjuru utk rampas Kelantan dari PAS.. Memberontak lagilah nampaknya husam lepas ni.. Lepas ni mungkin husam akan kata PAN ni asyik ikut cakap presidennya yg ada masalah performance dan goyang kaki utk bergabung dgn Bersatu hingga dia nak rampas kelantan pun tak boleh kerana PAN hanya menurut kehendak Bersatu agar hanya satu lawan satu di PRU14.

Bersiap sedialah dgn pemberontakan husam pula wahai PAN!

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Unknown said...

jianbin0924
michael kors outlet
louis vuitton
nike outlet store
mulberry handbags
coach outlet online
canada goose jackets
coach handbags
new balance outlet
ferragamo outlet
coach outlet canada

Unknown said...

michael kors outlet
michael kors outlet
michael kors outlet store
fitflops outlet
fitflops sale
christian louboutin outlet
longchamp handbags
ray ban sunglasses
celine outlet
michael kors outlet clearance
chanyuan0927

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.