Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESIAN PULAK AKU DENGAR KELUHANNYA, INILAH KELEMAHANKU !


'Saya hanya hamba ALLAH yang punya kelemahan'
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar akan terus istiqamah dan ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

Perdana menteri berkata, pengalaman selama lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia politik dan kerajaan telah sedikit sebanyak mengajar beliau tentang hal ehwal pentadbiran.

Bagaimanapun, katanya, beliau juga berdepan pelbagai situasi getir, masalah dan kejadian-kejadian lain yang berlaku di luar kawalannya.

"Ramai orang berpandangan bahawa seorang perdana menteri itu berkuasa dan berpengetahuan atas segala perkara dalam negara ini.

"Hakikatnya, tidak. Kita perlu sedar bahawa banyak perkara berlaku memang di luar kawalan seorang perdana menteri, malah saya hanyalah seorang hamba ALLAH yang mempunyai kelemahan dan juga ilmu yang masih perlu saya pelajari," katanya dalam rakaman audio ucapan perdana menteri mengenai pengalaman dalam politik dan kerajaan yang dimuat naik di laman blog www.najibrazak.com hari ini.

Najib berkata, beliau juga menerima banyak tohmahan daripada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi dan menggunakan isu tertentu untuk mengaburi mata rakyat bagi meraih sokongan.

"... tetapi inilah asam garam politik. Walau bagaimanapun, saya tetap istiqamah, ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

"Saya tidak ada niat lain daripada matlamat tersebut dalam perjuangan saya," katanya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa syukur kerana disertai anggota Jemaah Menteri yang mampu menjalankan tugas dengan baik, dan membolehkan rakyat menjalani hidup harmoni.

"Pengalaman 40 tahun saya inilah yang membolehkan saya masih teguh berdiri bagi berkhidmat untuk negara dan menempuhi segala cabaran yang mendatang," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.