Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA IA SATU PRINSIP, MENGAPA PR TIDAK SENADA ?

Prinsip PR kukuhkan demokrasi peringkat PBT

  • Chean Chung (kiri) dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini. Chean Chung (kiri) dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
1 / 1
PETALING JAYA – Buku jingga jelas menyebut PR perlu memperkukuhkan demokrasi di peringkat kerajaan tempatan, demikian reaksi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Chean Chung ketika mengulas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut namun, Chean Chung yang juga Adun Semambu seakan mengingatkan semua pimpinan PR janji yang telah termaktub dalam dasar PR melalui buku jingga.

“Dasar atau buku jingga secara jelas ada menyebut bahawa kita perlu memperkukuhkan demokrasi di peringkat kerajaan tempatan. Saya rasa ini prinsip yang dipegang oleh ketiga-tiga parti. Jadi, berdasarkan prinsip ini kita perlu merangka satu proses untuk melaksanakan janji kita.

“Semangat kita memang memperkukuhkan demokrasi di peringkat kerajaan tempatan dan memang pilihan raya pernah wujud pada tahun sebelum 60-an,” katanya ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Dalam sidang media berasingan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak bercakap benar sepenuhnya berhubung dakwaan Pas telah bersetuju dengan cadangan melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Ketika diminta mengulas mengenai pertikaian antara Pas dan DAP yang semakin berlarut, Chean Chung akui tidak mempunyai maklumat dalam isu tersebut.

“Saya tidak mahu komen kerana saya tidak ada maklumat berkenaan isu itu. Lebih baik buat pengesahan dengan mereka,” katanya.

Sebelum ini, DAP mempertahankan pendiriannya yang mahu melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang tanpa mendapat persetujuan pimpinan tertinggi PR.

GERES DAN MENANG PERLU MEMANTAUAN SERIUS

Waspada jurujual gores dan menang

  • Chon Siang (kiri) melihat risalah syarikat gores dan menang untuk perdaya pelanggan yang keluar masuk ke pasar raya. Chon Siang (kiri) melihat risalah syarikat gores dan menang untuk perdaya pelanggan yang keluar masuk ke pasar raya.
1 / 2
KUANTAN – Tanpa penguatkuasaan yang ketat, hampir 30 jurujual syarikat gores dan menang terus berleluasa di parkir sebuah pasar raya di sini sejak sebulan yang lalu.

Adun Teruntum, Sim Chon Siang berkata, apabila mendapat aduan daripada orang ramai kira-kira jam 2 petang semalam, beliau bersama 10 orang anggota polis bergegas ke lokasi bagaimanapun berjaya menahan dua orang individu.

Menurutnya, dalam situasi seperti ini, kesedaran masyarakat penting untuk membanteras gejala gores dan menang di samping penguatkuasaan pihak yang terlibat.

“Isu ini bukan perkara yang baharu. Tetapi mungkin sudah menjadi resam masyarakat kita hari ini yang mudah terpedaya dengan kata-kata manis berserta hadiah lumayan yang bakal dimenangi.

“Akibatnya, mereka tergadai harta benda dan duit dengan hanya mendapat satu objek yang berharga jauh lebih murah dari yang disangka,” katanya.

Tambahan pula, beliau turut menyarankan pihak berkuasa untuk turun padang memantau gejala gores dan menang ini yang seolah-olah semakin berleluasa.

Chon Siang berkata, tanpa penguatkuasaan daripada pihak ini, lebih ramai individu terus menjadi mangsa yang  akhirnya boleh mengakibatkan kes peras ugut dan kekerasan.

Seorang peniaga di pasar raya ini, Nurul Munirah Mohd Azman, 22 berkata, melihat jurujual yang memenuhi parkir kenderaan di sini sudah membuatkan dia berasa gerun.

Menurutnya, sebaik sahaja pelanggan memasuki kawasan parkir, dua tiga jurujual akan menghampiri kereta sebelum sempat ia diberhentikan.

“Ini apa yang saya selalu lihat hari-hari, ada yang lebih teruk apabila kepala mereka masuk ke dalam kereta semata-mata mahu menjual dan mempromosi produk tersebut sehingga ‘dilayan’ oleh pemandu kereta itu,” katanya.

Bagi Maznah Hashim, 43 berkata, kewujudan jurujual di segenap sudut tempat parkir kereta itu sememangnya tidak selesa lebih-lebih lagi bagi yang berkeluarga.

“Saya memang sering ke pasar raya ini dan tidak pernah melayan mana-mana jurujual gores dan menang. Tetapi kehadiran mereka mengganggu kami apabila terus mengekori dari belakang.

“Nak dimarah, bimbang juga mereka akan bertindak lebih kasar kerana bilangan mereka ramai. Oleh itu, saya biarkan sahaja sehingga mereka bosan mengekori kami,” katanya.

Justeru itu, penduduk berharap agar kegiatan gores dan menang ini mendapat perhatian pihak berkuasa untuk tindakan lanjut agar tidak terus berleluasa.

Kewujudan mereka boleh menyebabkan ramai yang menjadi mangsa dan menanggung kerugian kerana apa yang digores tidak sama dengan barang yang dimenangi itu.

ALAH, TAK PE

Thursday, January 29, 2015

1MDB: Minta tangguh bayar pinjaman RM2 Billion untuk kali ketiga?


Pelik ni.. katanya dana yang bernilai RM7 bilion dari Pulau Cayman telah dibawa pulang ke Malaysia.. tapi kenapa pula perlu minta penangguhan untuk membayar pinjaman RM2 Billion?

Bagi yang mengikuti perkembangan 1MDB syarikat yang diilhamkan oleh Presiden UMNO Najib Tun Razak tentu telah membaca kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada 13 Januari lalu bahawa dana AS$2.318 bilion sudah ditebus semula.

Dana yang berjumlah kira-kira RM7 bilion itu dikatakan sudah dibawa balik dari Pulau Cayman dan memasuki sistem perbankan Malaysia.

Tapi laporan dari Bloomberg semalam menyatakan 1MDB buat kali ketiga memohon untuk mendapatkan lanjutan sebulan lagi tempoh bayaran pinjaman RM2 bilion kepada bank di Malaysia.

Ini bagi membolehkan 1MDB mempunyai cukup masa dan tempoh untuk menjual pegangan dalam unit tenaga yang dimiliki mereka pada ketika ini.

Persoalannya ialah kalau dah ada RM7 Billion dana dalam tangan kenapa perlu minta penangguhan membayar pinjaman yang berjumlah RM2 Billion tu?

Berikut adalah sebahagian dari laporan oleh Bloomberg yang dimaksudkan..

1MDB Said to Seek Loan Extension Before $3 Billion Energy IPO
(Bloomberg) -- 1Malaysia Development Bhd. is planning to seek another one-month extension on a 2 billion ringgit ($554 million) loan to give it more time to sell a stake in its energy unit, two people familiar with the matter said.

The state-owned investment company needs more time to repay the debt as it’s still in discussions with billionaire T. Ananda Krishnan, Malaysia’s second-richest person, said the people who asked not to be named as the process is private. Krishnan may excercize an option, granted when he sold energy assets to 1MDB in 2012, to buy part of the Edra Global Energy Bhd. unit, the people said. A spokesman for 1MDB declined to comment when contacted by phone.

1MDB, whose advisory board is headed by Prime Minister Najib Razak, has been criticized by opposition politicians for its increasing debt, which reached 41.9 billion ringgit as of March 2014, according to the company’s annual report. Once it has settled the loan, IMDB plans to list Edra Global in a $3 billion initial public offering that would be Malaysia’s biggest since Felda Global Ventures Holdings Bhd. went public in 2012.

Bank Negara Malaysia doesn’t comment on individual companies, Governor Zeti Akhtar Aziz told reporters in Putrajaya, outside of Kuala Lumpur, when asked about 1MDB’s debt on Tuesday.

“We have arrangements to deal with it, so that no individual entity is going to have systemic implications on the overall financial system and our economy,” she said.

If granted, it will be the third extension of the loan from Malayan Banking Bhd. and four other lenders. 1MDB was given a grace period until the end of January to repay the debt, The Edge newspaper reported Jan. 6.

Please continue yours reading HERE

Ada atau tak ada RM7 Billion tu sebenarnya?

ANUAR NAK LARI KE ???

NGO Tibai desak KDN rampas pasport Anwar

  • Muhammad Zahid Md Arip (kanan) menunjukkan laporan polis di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN Muhammad Zahid Md Arip (kanan) menunjukkan laporan polis di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
1 / 1
KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa bertindak merampas pasport antarabangsa milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mendesak agar Anwar diletakkan di bawah tahanan atau pemerhatian termasuk kawalan polis sementara menunggu keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini.

Menurutnya, laporan polis ini dibuat kerana mahu belajar daripada kes yang melibatkan Koperal Sirul Azhar Omar dalam kes pembunuhan Al-Tantuya.

"Dia memiliki pasport, dia boleh terus terbang ke Australia, di sana tanpa perlu merayu perlindungan politik, dia tidak dikembalikan kerana kerajaan Australia sebuah kerajaan yang anti dengan hukuman mati.

“Kita bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segala "kecerdikan" yang dia dan pasport yang dia ada, dia boleh terbang ke mana-mana negara termasuk Amsterdam," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sementara itu, Naib Presiden, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin mendakwa tindakan menyekat Anwar itu wajar dilakukan segera memandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah melarikan pada 2008 dalam kes sama.

"Dia pernah melarikan diri pada 28 Jun 2008 apabila Saiful Bukhari buat laporan polis dan dia lari ke Kedutaan Turki dan dia minta perlindungan negara itu.

"Kalau dia melarikan diri ke luar negara atau ke Kedutaan Belanda di sini pun, kita sudah tidak boleh buat apa-apa, kerana negara mereka tidak menjadikan liwat ini sebagai satu kesalahan jenayah," katanya.

KENYATAAN DURI DALAM DAGING

Pasma tidak akan keluar, kekal dalam Pas


  • Che Ibrahim Mohamed Che Ibrahim Mohamed
1 / 1


KOTA BHARU - "Kami (Pasma) tidak akan keluar dan kekal dalam parti, kecuali parti (Pas) yang mengambil tindakan terhadap kami," kata Naib Presiden Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, Pasma berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang layak untuk menyertai mana-mana parti, maka tiada paksaan berlaku sehingga menimbulkan isu keluar parti dan sebagainya.

“Kami NGO, bebas untuk memilih mana-mana parti, tetapi jika parti itu sendiri yang tidak minat dengan keahlian, atau mahu memecat kita, maka tindakan itu harus dilakukan parti itu sendiri.

“Ingin saya tegaskan di sini, sehingga kini, tiada lagi pihak (ahli Pasma) yang bercadang untuk keluar parti, ini kerana kita memperjuangkan parti (Pas), maka isu keluar Pas ini tidak timbul,”katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau menyatakan ketegasan tersebut selepas diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ‘mempersilakan’ ahli Pasma meninggalkan Pas jika tidak sehaluan lagi dengan parti itu.

Mengulas tindakan Abdul Hadi yang dilihat masih keliru dengan peranan yang dimainkan Pasma dalam parti, Che Ibrahim berkata, mana-mana parti politik di dunia ini mempunyai NGO sebagai sayap pendokong, maka Pasma adalah salah satu daripadanya sebagai menyokong perjuangan parti itu sendiri.

“Presiden (Hadi) sepatutnya tidak keliru dengan peranan Pasma kerana beliau sendiri kenal hampir semua pimpinan Pasma di peringkat pusat dan negeri.

“Pas hendaklah berterima kasih kepada Pasma kerana telah membantu memperkuatkan kedudukan Pas dalam PR, jika DAP dan PKR sebagai rakan Pas dalam PR mengalu-alukan peranan Pasma, mengapa Pas masih keliru?” katanya.

Gempar!!! Punca Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar Melawat Ibu Koperal Sirul Terdedah.. Jom Terjah!!!


Keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu “dianiaya".

Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.

"Tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat," beliau dipetik sebagai berkata.

“Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang Satu (Allah), nak minta tolong pada siapa lagi,” beliau dipetik sebagai berkata dengan nada sebak.

Akhbar web PAS itu melaporkan Piah sebagai berkata demikian ketika menerima lawatan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Bukit Gantang semalam.

Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan.

“Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang,” katanya sambil menitis air mata, laporHarakahdaily.

CABAR BERDEBAT

Isu PBT: Pas cabar Guan Eng bersemuka, berdebat

  • Dari kiri: Guan Eng dan Mustafa Ali. Dari kiri: Guan Eng dan Mustafa Ali.
1 / 1


KUALA LUMPUR - [VIDEO] Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersemuka selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengeluarkan kenyataan yang menyerang Pas berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun Mustafa meletakkan syarat pertemuan empat mata itu mestilah dilakukan secara terbuka dan disaksikan secara umum supaya orang ramai dapat menilai kejujuran kedua-dua pemimpin politik itu.

"Saya minta Gua Eng bersemuka dengan saya, debat atau sebagainya, ikut dia, saya cabar bersemuka secara terbuka biar dia bagi versi dia dan saya juga (menjawab) biar umum menilai sama ada bohong atau tidak," katanya pada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan DAP yang mempertahankan pendiriannya yang melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang tanpa mendapat persetujuan pimpinan tertinggi PR.

Mengulas lanjut, Mustafa juga sedia bersemuka dengan Guan Eng menggunakan Wacana Sinar Harian sebagai platform debat dan perbincangan secara terbuka berkenaan itu tersebut.

"Saya sanggup bekerjasama dan berwacana dengan Sinar Harian namun kena tunggu jawapan Guan Eng, saya tiada masalah dan sentiasa mengalu-alukannya," katanya lagi.

UMNO PERLU JAWAB WHY ?


Wednesday, January 28, 2015


Pertentangan yg paling besar antara PAS dan UMNO adalah dlm agama dan akhidah

Pertentangan yg paling besar antara PAS dan UMNO adalah dlm agama dan akhidah

PAS BERULANG KALI MENYATAKAN TETAP BERSAMA PR

PKR masih cuba damaikan Pas, DAP
PR
1 / 1
PETALING JAYA - PKR masih mencuba untuk mengatur pertemuan khas di peringkat tertinggi PR dalam rangka untuk meredakan konflik yang berlaku antara rakan komponennya, DAP dan Pas.
 
Namun, sehingga hari ini usaha tersebut masih belum terlaksana.
 
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Chean Chung berkata, meskipun mesyuarat di peringkat tertinggi masih gagal dijalankan namun, mesyuarat di peringkat-peringkat lain telah dilaksanakan.
 
"Sebenarnya selama ini kami cuba mengaturkan mesyuarat PR di peringkat tertinggi dan sehingga hari ini percubaan itu masih diteruskan.
 
"Tapi selain itu bagi saya, lebih penting adalah PR walaupun di peringkat tertinggi itu tidak dapat mesyuarat tapi di peringkat lain, masih berjalan," katanya ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
 
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa ramai ahli DAP yang masih mahu kekal bersama dalam PR.
 
"Saya ingin memetik kenyataan Ketua AMK yang menyebut, ramai ahli Pas yang mahu bersama dengan PR. Saya juga yakin bahawa ramai ahli DAP yang juga mahu bersama dengan PR," katanya.
 
Ketika ditanya soal punca kegagalan menjalankan mesyuarat itu, beliau menegaskan tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenainya.
 
"Saya tidak ingin membuat sebarang spekulasi,  mungkin ada sebab-sebab tertentu. Contohnya sebelum ini semua sibuk dengan isu banjir. Tiba-tiba ia berlaku yang memang memerlukan perhatian kita.
 
"Tapi sekarang isu yang paling penting adalah keputusan mahkamah melibatkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini," katanya.
 
Menyentuh soal kes Ketua Umum Pembangkang itu, beliau berkata, PKR telah bersedia berdepan keputusan mahkamah dan meneruskan perjuangan parti sekiranya Anwar dipenjarakan.
 
"Saya berpendapat, kita telah ada pemimpin-pemimpin pelapis yang telah bersedia untuk menjalankan tugas. Perjuangan kita akan tetap berterusan. Tapi kita tetap yakin Anwar tak bersalah.
 
"Ini bukan kali pertama Anwar di penjara (jika keputusan tidak menyebelahinya kali ini). Parti kita pun ditubuhkan semasa Anwar dalam penjara, jadi, saya rasa ini bukan satu masalah," katanya.
Pilihan raya PBT: Guan Eng bercakap separuh benar
  • Mustafa Ali Mustafa Ali
1 / 1
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disifatkan sebagai tidak bercakap benar sepenuhnya berhubung dakwaan Pas telah bersetuju dengan cadangan melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa, beliau hanya dihubungi Guan Eng selepas Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 dibentangkan dalam Dun Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Cakap Guan Eng itu separuh betul, saya akui dia telefon saya, bercakap ikut suka hati tak bagus bagi seorang pemimpin macam dia.

"Saya akui selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, dia ada hubungi saya melalui telefon.

"Perkara ini dilakukan sendiri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa berbincang dan merujuk kepada pimpinan tertinggi PR," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Mustafa berkata lagi, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan negatif dan menghentam Guan Eng dalam perkara tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam portal berita pro-pembangkang.

Katanya lagi, sebelum enakmen tersebut dibentangkan, beliau juga dihubungi Adun Permatang Pasir, Mohd Salleh Man untuk memaklumkan sidang Dun Pulau Pinang yang salah satu agendanya berkait dengan pilihan raya PBT.

"Saya kata pada dia perkara itu tidak pernah dirujuk dengan pimpinan tertinggi PR dan saya minta dia berdiam diri.

"Saya beri arahan kepada dia elak bercakap (sokong atau hentam) dan saya nasihatkannya kalau boleh jangan mengundi untuk luluskan usul itu," katanya lagi.

SAMPAI MASANYA PAS PERLU BERTEGAS DENGAN AHLINYA YANG MENJADI AHLI PASMA


Wednesday, January 28, 2015

PasMa - Pas Akan Bertindak Jika Ada Aduan Rasmi

 
PAS akan bertindak terhadap anggota parti itu yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) jika terdapat aduan salah laku terhadap mereka.

“Kalau ada laporan barulah kita boleh bertindak.

“Kita harus meneliti bentuk kesalahan yang telah dibuat, barulah keputusan boleh dibuat. Kita mahu memelihara konsep keadilan kepada ahli,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan krisis PAS itu bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat laporan dibuat setakat ini kerana ia dihantar langsung kepada pejabat agung PAS.

“Tanya setiausaha agung (Datuk Mustafa Ali),” katanya ketika ditanya diminta mengulas konflik berpanjangan PAS dan PasMa.

Terbaru, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik keras PasMa yang disifatkannya sebagai “menebuk kapal” sendiri.

Beliau juga meminta anggotanya yang menyertai PasMa keluar daripada PAS jika tidak setuju dengan dasarnya.

NGO yang digerakkan anggota PAS itu bagaimanapun membalasnya dengan membayangkan supaya Hadi berundur kerana didakwa mengetepikan keputusan muktamar untuk memperkukuh Pakatan.

'Tugas saya sudah selesai'

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu kerana menganggap tugasnya telah selesai.

“Saya tidak boleh komen apa sebab tanggungjawab saya telah selesai, saya telah bertemu dengan mereka (PasMa).

“Keputusannya kekal dengan keputusan Majlis Syura yang menasihati ahli PAS supaya tidak terlibat dengan program yang dianjurkan PasMa.

“Saya dah bentang (laporan) dan tugas saya telah selesai. Itu keputusan yang parti telah buat,” katanya.


Bloglist Malaysia


JIKA AYAM TIDAK BERKOKOH, HARI TETAP SIANG !

'Bukan isu besar kalau Anwar dipenjara'

  • Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Bilik Media, Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama  
Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Bilik Media, Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bukan isu besar jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepadanya pada 10 Februari ini.
 
Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata nasib Anwar juga tidak akan menjejaskan kedudukan Pas dalam PR malah ia akan menguatkan kerjasama politik mereka sebagaimana sewaktu Barisan Alternatif sebelum ini.
 
"Kedudukan Pas dalam PR lagi kukuh kalau Anwar dipenjarakan.
 
"Soal Pas mahu keluar dari PR tidak berbangkit sebab masa dalam Barisan Alternatif pun Anwar tiada, masa itu ada Kak Wan...ada Azmin, kita bekerjasama dengan parti, bukan orang," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon semalam yang mengatakan Pas akan meninggalkan PR jika Ketua Umum PKR itu dipenjara pada 10 Februari ini apabila penghukuman rayuan kes liwatnya diketahui.
 
Beliau juga berkata Anwar merupakan tokoh yang mengikat pakatan itu walaupun kini ketiga-tiga komponen parti itu dilihat bertelagah sesama sendiri.
 
Terdahulu, isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang menjadi perbahalahan besar antara Pas dan DAP negeri itu yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan negara.
 
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendapat kritikan rakan komponen PR apabila tindakannya itu tidak mendapat restu dan persetujuan pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti pembangkang itu.

[PENGAJARAN] Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara

Kiri Jimmy Shanley, kanan Nursuhaila Eliani Suhaimy

Bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 35, dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi kerana dengan sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak pasangan itu.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, bermula hari ini.

Jimmy berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 namun bercerai pada 10 Oktober 2012. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Aparil 2013 telah memutuskan hak penjagaan anak perempuan pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley iaitu Zahrah Rania Shanley kepada bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Jimmy telah diberikan hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya yang berusia setahun sembilan bulan itu. Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis pukul 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.

Jimmy telah berkahwin lagi kali kedua pada 7 Jun 2014 dengan pasangannya Mariam Jamilah Abdul Jalil.

adakah sirul lebih bijak dari kawannya ?

Isu ekstradisi Sirul tidak berbangkit

  • Laporan Sinar Harian 16 Januari lalu. Laporan Sinar Harian 16 Januari lalu.
1 / 1
SHAH ALAM - Sirul Azhar Umar yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Australia, enggan pulang ke negara ini di mana hukuman mati sedang menantinya atas kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang mewakilinya, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi di Sydney, Australia petang semalam memberitahu Sinar Harian, beliau baru menemui Sirul kelmarin untuk berbincang bagi mencari jalan membebaskan bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis itu dari tahanan pihak berkuasa negara berkenaan.

"Sirul ada mengatakan bahawa dia tak mahu balik. Siapa pun yang ada dalam kedudukan seperti dia, mesti tak mahu balik," katanya.

Hasnal berkata, dalam pertemuan itu, mereka langsung tidak berbincang mengenai ekstradisi kerana "soal ekstradisi setakat ini belum berbangkit."

"Kami hanya berbincang bagaimana hendak bebaskan dia dari tahanan dan dia juga telah mengamanahkan kepada kami (Hasnal dan seorang lagi peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin) untuk berunding bagi pihaknya, berbincang dengan peguam-peguam di sini (Australia) mengenai perkara itu," katanya.

Hasnal dan Kamarul juga adalah peguam yang mewakili Sirul dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya di mahkamah negara ini. 
 
Selepas perbicaraan selama  bertahun-tahun, Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas anggota UTK itu bersama  seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telahpun berlepas ke Australia, dipercayai pada Oktober lalu.

Kehilangannya menyebabkan Polis Malaysia terpaksa mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejaki Sirul. Interpol kemudian mengeluarkan notis merah sebagai dokumen perisytiharan bahawa lelaki itu diburu untuk ditahan bagi tujuan diekstradisi.

Bagaimanapun dalam kes Sirul, timbul masalah apabila Australia sebagai negara yang bukan sahaja tidak mengiktiraf hukuman mati malahan juga menentang keras hukuman tersebut dijalankan dalam sistem perundangan negara lain, sebagaimana laporan akhbar Sydney Morning Herald, enggan membenarkan lelaki itu diekstradisi balik ke negara ini.

Tambahan pula dalam perjanjian ekstradisi Malaysia - Australia yang berkuatkuasa sejak 28 Disember 2006, ada dinyatakan bahawa jika permohonan ekstradisi dibuat oleh Kerajaan Malaysia melibatkan orang yang dihadapkan dengan hukuman mati, Australia tidak perlu memenuhi permohonan itu melainkan setelah kedua-dua pihak berbincang dan mencapai persetujuan untuk ekstradisi dibenarkan.

Memahami sejarah daripada kes-kes yang lalu, juga kedudukan politik di negara itu, sememangnya sukar bagi Malaysia untuk mendapatkan persetujuan Australia melakukan ekstradisi ke atas Sirul.

Sebab itulah kata Hasnal, hal itu setakat ini belum lagi disentuh dalam perbincangannya bersama Sirul.

Ditanya bukankah fungsi nota merah dikeluarkan oleh Interpol adalah berkaitan dengan ekstradisi, peguam itu berkata, Sirul kini ditahan di bawah kuasa Australia.

"Apa yang kita bincangkan hanya bagaimana mahu membebaskan dia dari tahanan di sini (Australia) kerana bagi kami, dia tidak sepatutnya ditahan kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan mengikut undang-undang Australia," katanya.

Sirul ditahan di Brisbane pada 21 Januari lalu.

Dalam pada itu, Hasnal turut menyampaikan mesej Sirul bahawa dia tidak bersedia untuk berurusan apa lagi bertemu dengan mana-mana pihak dari negara ini tanpa melalui dua peguam yang mewakilinya itu.

"Dia akan buat sekatan dan akan memutuskan akses dengan sesiapa saja jika urusan itu tidak dibuat melalui kami berdua (Hasnal dan Kamarul)," katanya.
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.