• Dari kiri: Guan Eng dan Mustafa Ali. Dari kiri: Guan Eng dan Mustafa Ali.
1 / 1


KUALA LUMPUR - [VIDEO] Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersemuka selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengeluarkan kenyataan yang menyerang Pas berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun Mustafa meletakkan syarat pertemuan empat mata itu mestilah dilakukan secara terbuka dan disaksikan secara umum supaya orang ramai dapat menilai kejujuran kedua-dua pemimpin politik itu.

"Saya minta Gua Eng bersemuka dengan saya, debat atau sebagainya, ikut dia, saya cabar bersemuka secara terbuka biar dia bagi versi dia dan saya juga (menjawab) biar umum menilai sama ada bohong atau tidak," katanya pada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan DAP yang mempertahankan pendiriannya yang melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang tanpa mendapat persetujuan pimpinan tertinggi PR.

Mengulas lanjut, Mustafa juga sedia bersemuka dengan Guan Eng menggunakan Wacana Sinar Harian sebagai platform debat dan perbincangan secara terbuka berkenaan itu tersebut.

"Saya sanggup bekerjasama dan berwacana dengan Sinar Harian namun kena tunggu jawapan Guan Eng, saya tiada masalah dan sentiasa mengalu-alukannya," katanya lagi.