Wahabi: Dr Asri, ulamak muda Umno dikaitkan, nama Hadi dikeluarkan
WarkahDaily – Semalam dilaporkan media, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan senarai nama beberapa tokoh dengan fahaman Wahabi yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Antara tokoh yang pernah dituduh terlibat fahaman Wahabi dan kegiatan keganasan.
Antara yang dikaitkan ialah bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi dan beberapa orang ulamak muda Umno.
Menurut The Malaysian Insider, penyenaraian beberapa tokoh itu dibuat dalam satu mesyuarat tertutup yang dihadiri para mufti dan wakil majlis agama Islam negeri.
Pada awalnya, mesyuarat khas itu membincangkan isu amalan fahaman Wahabi dan kaitan dengan terorisme. Namun akhirnya, menurut sumber yang dipetik dari The Malaysian Insider, mesyuarat berkenaan telah memutuskan mereka yang dikaitkan dengan kumpulan Wahabi boleh menjurus kepada keganasan (terorisme).
Dengan kata lain, MKN dikatakan cuba mensabitkan tokoh-tokoh ini dengan kegiatan keganasan.
Ahli mesyuarat berkenaan turut membincangkan fahaman Wahabi dan tokoh yang dikaitkan itu telah ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.
Hadi dan Shahidan dikeluarkan dari senarai
Sebelum ini, beberapa tokoh lain lagi dikaitkan dengan fahaman itu namun yang terbaru dilaporkan nama Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim telah dikeluarkan dari senarai berkenaan.
Mungkin kerana mendapat tekanan dan desakan dari PAS yang meminta bukti tuduhan yang dilemparkan ke atas pemimpin mereka itu.
Kelibat isu Wahabi disensasikan ketika lawatan lima hari Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais April lepas. Seorang pegawai dari Jabatan Kemajuan Agam Islam (JAKIM) dikatakan mengesyaki kononnya lawatan imam besar itu ke Malaysia adalah usaha untuk mengembangkan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di Malaysia dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan.

0 orang berkata:
Post a Comment