Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK BAIKLAH ADA HANTU


24 July 2011

Bapak hantu mengaku ada anak hantu dalam Daftar Pemilih



Maka bermesyuarat lah sekelian 'bapak-bapak hantu' disebabkan nama anak-anak hantu dikesan 'berkeliaran' dalam daftar pemilih. Oleh kerana tidak dapat disorok lagi maka bapak-bapak hantu terpaksa mengakui bahawa   nama anak-anak hantu memang ujud dalam daftar pemilih.

Oleh kerana itu apa ditunggu lagi bapak-bapak hantu silalah keluarkan nama anak-anak hantu dalam daftar pemilih dengan segera. Jangan tunggu lama-lama. Manusia sebenar sedang memantau kerja-kerja bapak hantu bukan sahaja manusia di Malaysia tetapi manusia seluruh dunia.


Baru-baru ini kuncu-kuncu bapak hantu bukan main garang lagi membantai dan menzalimi manusia semasa himpunan Aman 9 Julai.. Selepas program tersebut bapak hantu menafikan bahawa nama anak-anak hantu ada dalam daftar pemilih. Namun semalam bapak hantu secara tak langsung mengaku nama anak-anak hantu memang ada dalam daftar pemilih.


Saya sendiri telah mengemukakan bukti bahawa nama anak-anak hantu ujud dalam daftar pemilih di beberapa Dun di Melaka. Seorang anak hantu namanya ada di 2 Dun berlainan atau Dun sama. Selain itu Suhaizan Kayat juga telah mengeluarkan bukti yang sama.


Jadi apa tunggu lagi sebelum manusia menghalau anak-anak hantu itu, bapak-bapak kena ambil anak mereka keluarkan dari daftar pemilih cepat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.