Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIMANA SILAP NAJIB ?

28 Julai, 2012


Najib Baru Nak Syok.. Tapi Pensyarah Cina Nih Dah Potong Stim

SHAH ALAM – Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meningkat dalam kalangan masyarakat Cina tidak boleh digambarkan sebagai sokongan kepada Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Sains Polisi, Universiti Kolej Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr Ong Kian Ming berkata, keputusan kajian dilakukan Merdeka Center dan beberapa universiti awam baru-baru ini tidak seharusnya disalah ertikan sebagai bukti BN kembali kuat.

"Jangan salah anggap. Ia sokongan kepada Najib sahaja, bukannya BN, jika sokongankepada BN, peratusannya di bawah 40 peratus,” katanya.Dalam kajian Merdeka Center, sokongan pengundi Cina terhadap Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus pada bulan Jun.

Ditanya sama ada trend ini akan berterusan, Kian Ming berkata, sokongan ini hanya akan berlegar-legar sekitar 40 hingga 50 peratus sahaja.“Selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada hujung April, sokongan masyarakat Cina terhadap Najib hanyalah 37 peratus pada Mei, kemudian pada Jun sokongan meningkat mungkin kerana faktor Bersih 3.0 sudah hilang,” katanya.

Menurutnya, sokongan masyarakat Cina meningkat tidak semestinya membuatkan Najib yakin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13. “Walaupun sokongan masyarakat Cina meningkat, tetapi sokongan Melayu dan India menurun, maka itu membimbangkan Najib,” katanya.~sh

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.