Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISU HUDUD MULA PANAS

APABILA ISU HUDUD DIPERKATAKAN OLEH PAS DAN UMNO, IANYA MENJADI PANAS ! APAKAH INI SATU MAINAN POLITIK ?

 


Semua pehak sekarang sudah membuka mata tentang HUDUD, ada yang menentang, berkecuali dan ada yang bersetuju, yang menentang keras tentunya dari kalangan yang bukan beragama islam terutama dari kalangan kumpulan MCA, GERAKAN dan DAP, mereka dengan alasan masing-masing, dikalangan yang beragama islam juga ada yang bersetuju, berkecuali dan menentang

MCA menentang keras secara tidak berlapik malah mereka menghina hukum ini dengan mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati umat islam, sementara DAP juga menentang HUDUD  berlapik dengan merujuk kepada perlembagaan negara yang tidak membolehkan HUDUD dilaksanakan, ini bermakna dia tidak menentang islam akan tetapi bergantung pada perlembagaan negara, itu yang pernah  mereka perkatakan

PAS sudah lama inginkan hukum HUDUD dilaksanakan di negara ini, kerana ia selaras dengan perlembagaan parti tersebut akan tetapi mendapat tentangan yang hebat dari berbagai pehak secara keras dan sederhana kemudian disusuli dengan kenyataan menghina hukum tersebut, termasuklah UMNO sendiri, mereka tidak merasakan dengan  berbuat demikian suatu dosa bagi mereka

Sekarang bagaikan bom jangka melanda isu ini apabila ADUN wakil UMNO daripada Johor mahukan hukum HUDUD dilaksanakan di negara ini,  maka yang pertama melenting ialah penentang tegar kepada HUDUD iaitu kumpulan cina MCA dari komponen BN, soalnya mengapa dengan tiba-tiba ? Apa yang telah terjadi pada negeri di selatan tanah air tersebut ? banyak maksiat ? Isu raja yang banyak diperkatakan ? atau politik yang pincang ?

Bagi Pak Karamu tercetusnya isu HUDUD yang dibawa oleh ADUN UMNO di Johor bukan isu maksiat atau raja atau gejala sosial yang parah akan tetapi ia adalah isu politik UMNO di Johor yang takutkan pengaruh PAS/PR yang semakin berkembang pesat di Negara tersebut lalu mereka nampak yang dapat menyekat kemaraan PAS/PR ialah dengan memainkan isu HUDUD, mereka UMNO bukan hendak sangat kepada perundangan islam akan tetapi terdesak kerana bermasalah dalam  politik

Pengaruh PR terutama PAS di Johor sangat membimbangkan UMNO di negeri tersebut tambahan pula rakyat di negeri tersebut saban hari mendengar begitu ramai dikalangan profesional dan artis menyertai PAS/PR jadi mereka menjadi pening kepala tambahan pula isu sampingan pemilikan aset hartanah negeri itu banyak telah dimiliki oleh rakyat asing  menyebabkan rakyat menjadi gelisah dan UMNO tiada jalan lain melainkan memainkan isu HUDUD yang mereka anggap suatu isu yang dapat meredakan perasaan rakyat Johor dari menyokong PR terutama PAS

Tidak pernah kita mendengar UMNO mahu melaksanakan HUDUD, baik dari kalangan pucuk pimpinan mereka ataupun golongan bawahan malah mereka sendirilah yang banyak membuat kenyataan menentang ketika mana PAS mahu melaksanakan HUDUD dan meminta jasa baik UMNO yang menjadi tunggak memerintah kerajaan pusat supaya memberikan laluan dengan meminda perlembagaan negara namun semuanya itu hampa belaka, tiba-tiba ada suara keramat didalam UMNO yang mahu HUDUD dilaksanakan di negara ini, ini semua adalah sesuatu yang lucu dan ada sebab

Sepatutnya yang layak bercakap tentang HUDUD dan mahukan hukum ini dilaksanakan ialah mereka yang  memegang potpolio agama seperti majlis raja-raja, merekalah yang berhak bercakap tentang agama bukan dari kalangan parti politik yang tidak berteraskan dasar parti mereka kepada  islam, jadi tentulah ada sesuatu yang menjadi tanda tanya jika golongan UMNO yang mahukan HUDUD secara mendadak sehingga mengejutkan ramai pehak

HUDUD adalah Hududullah (hukum had daripada Allah) jangan jadikan ia satu kerenah yang bermuslihat untuk dilaksanakan, jangan ada yang hendak mengatakan tunggu dan cari pakar perundangan kepada perundangan islam atau hendak mencari berbagai syarat kemahiran untuk  hukum tersebut baru hendak dilaksanakan, ini semua muslihat terancang, pokoknya tentukan perlembagaan negara dulu bagi membolehkan HUDUD dilaksanakan, yang hairannya mengapa dikalangan UMNO yang mahukan HUDUD dilaksanakan tidak sebut pasal perlembagaan ?

Sangat hairan apabila seorang ADUN UMNO Johor mahukan HUDUD maka tidak kedengaran mana-mana badan islam di negeri tersebut menyokongnya malah yang menentang cadangan tersebut sudah mula kedengaran dari kalangan UMNO sendiri, walaupun UMNO yang mahukan HUDUD tapi pucuk pimpinan PAS menyokong, majlis Ulamanyapun menyokong sekali, mufti Pahang juga menyokong yang lain masih terkejut beruk, mereka semua sunyi dan sepi, mengapa ?

Saya rasa isu ini akan menjadi hangat dengan pro dan kontra, kita tunggu apa selepas ini .....


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.