Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA ANALISA POLITIK ? HMMM ! CARI MAKAN !

Friday, July 27, 2012

MP BN Jemput Anwar ke Pelancaran Angkatan Perubahan Sabah


Malaysiakini

Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran Angkatan Perubahan Sabah oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).

“Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.

Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.

“Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah,” katanya.
 

PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.

Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu “bread and butter” menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.

“Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.

“Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik … tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Rafizi Ramli: Isu “bread and butter” akan memainkan peranan penting. — Foto fail

Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut.

“Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka.

“Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center,” katanya.

“Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan,” tambahnya lagi.

Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai “presiden” dan berkempen secara individu.

“Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center … kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.

“Ia bukannya semangat berkumpulan, bukan team effort, tapi personal strenght,” kata Rafizi lagi dan menambah,”PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR).”

Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu.

Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.

Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.

Penerimaan terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013.

Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya.

Kaji selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka “gembira” dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012.

Kaji selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012.


Demi Rakyat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.