Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Atee ? duit deme !


31 October 2012

PENDUDUK KESAL JKKK TAK MAHU BANTU RUMAH MUSNAH




Lendu : Seorang penduduk Kampung Lendu, Kassim Itam, 79, kesal kerana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (JKKK) tidak mahu membantu beliau mendapat bantuan untuk membaiki sebahagian rumahnya yang musnah dihempap pokok pada kejadian ribut pada petang 30 Oktober lalu.

"Saya cuba memohon bantuan dari JKKK, tetapi Pengerusi JKKK menyuruh saya menguruskan permohonan itu sendiri tanpa bantuan dari JKKK".

"Jawapan yang diberikan oleh Pengerusi JKKK amat mengecewakan saya, sepatutnya JKKK berusaha untuk membantu penduduk kampung yang ditimpa musibah kerana itu memang tugas JKKK" ujar Kassim yang juga mempunyai seorang ahli keluarga warga emas yang cacat pengelihatan.

Sementara itu pihak Penyelia Dun Lendu, Asri Shaikh Abdul Aziz yang melawat rumah Kassim semalam juga melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa keluarga Kassim.

"Pihak berkenaan seperti JKKK sepatutnya membantu Kassim bagi meringankan beban beliau sekeluarga, bukannya memberikan jawapan sedemikian".

"Memang menjadi tugas dan tanggungjawab JKKK untuk menjaga kebajikan masyarakat kampung lebih-lebih kepada mereka yang ditimpa musibah seperti ini, jika yakin pihak kerajaan mempunyai tabung bencana alam yang boleh disalurkan kepada mereka yang layak" tambah Asri yang juga merupakan Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.

Dalam lawatan tersebut, pihak Majlis Tindakan Dun (MTD)  Lendu telah membantu keluarga Kassim mengalihkan pokok-pokok yang menghempap bahagian dapur rumahnya. Selain itu pihak MTD Lendu juga mengharapkan pihak-pihak berwajib tampil dengan segera membantu keluarga terbabit.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Jamaruddin Abdullah.

Keterangan gambar : Kassim (tengah) menunjukkan keadaan rumah beliau yang musnah teruk dihempap pokok dalam kejadian pada 30 Oktober lalu. Turut kelihatan dalam gambar, Asri Shaikh Abdul Aziz (kiri) dan Jamaruddin (kanan sekali).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.