Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
31 October 2012
0 Pendapat
Pemandu teksi tetap mahu permit individu dikeluarkan – dan dengan tanpa syarat – sebagai salah satu daripada 11 tuntutan mereka yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan di bangunan Parlimen hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad, oleh seorang ahli kumpulan protem yang mewakili pemandu teksi.

Kumpulan tersebut, yang dikenali sebagai Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI), juga mahu kadar meter dikaji semula dan pemandu dibenar menggunakan kereta bukan Proton, kerana tidak puashati dengan masalah ketahanan dan kos penyelenggaraannya.

Presiden protemnya, Mohd Ridzwan Mohd Daud memberi amaran, jika kerajaan tidak memberi perhatian sewajarnya atau ia tidak dipenuhi menjelang pilihan raya umum akan datang, maka TEKSI akan mengadakan protes berterusan di setiap negeri sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Pada masa ini, permit teksi dikeluarkan kepada syarikat, yang kemudiannya memajaknya kepada pemandu teksi.

Jika kerajaan berkeras untuk mengeluarkan permit kepada syarikat, pemandu harus dikecualikan daripada membayar sewa bagi kenderaan mereka pada hari Ahad dan cuti umum yang diwartakan, atau jika mereka dimasukkan ke hospital, kata kumpulan itu.
Mereka mahu kerajaan:

- Mengadakan program kesedaran mengenai hak pengguna dalam pengangkutan terutama mengenai teksi;

- Menarik balik sekatan ke atas tempat teksi boleh beroperasi seperti lapangan terbang;
- Mengkaji perkhidmat bas percuma ‘Go KL’ supaya ia mensasarkan pelancong asing dan bukan penduduk tempatan; dan

- Menubuhkan sebuah agensi untuk menjaga kebajikan pemandu teksi.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.