Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Malaysia mampu kekang militan, kata panglima angkatan tentera

October 30, 2012
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi jaminan aktiviti militan mampu dikekang di negara ini berdasarkan pemantauan dan risikan yang dilakukan oleh tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata Malaysia tidak dapat lari daripada menerima tempias kumpulan militan berdasarkan faktor kumpulan pengganas menjadikan negara jiran sebagai tempat untuk merekrut anggota baharu.

“Namun di Malaysia, keadaannya terkawal dan sentiasa dipantau,” tegasnya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata penahanan dua rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Lubnan kerana disyaki terbabit dengan rangkaian Al-Qaeda tidak bermakna Malaysia dijadikan pusat latihan kumpulan pengganas itu.

“Kita akan sentiasa memantau perkara ini, kemungkinan mereka (rakyat Malaysia) dilatih di negara jiran tanpa pengetahuan keluarga,” katanya.

Minggu lepas, pihak berkuasa Lubnan menahan Rafik Mohammed Ariffin, 28, dan Mohammed Razin Shaaban, 21, di sebuah hotel di Beirut kerana dipercayai dilatih menjadi pengebom berani mati dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Kes dua lelaki itu akan didengar semula di Tribunal Tentera di Beirut esok setelah mereka diarah oleh hakim untuk mendapatkan peguam.

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun pula berkata berdasarkan pemantaun risikan, PDRM tidak mengesan gerakan Al-Qaeda di negara ini.

Beliau berkata polis juga tidak menerima maklumat yang Malaysia dijadikan pusat merekrut pengganas mahupun dijadikan sasaran untuk melakukan keganasan.

Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan ada aktiviti merekrut rakyat tempatan untuk menganggotai kumpulan itu di negara jiran membabitkan pelajar, katanya.

“Aktiviti merekrut dan memperdaya rakyat Malaysia oleh kumpulan pengganas sentiasa dipantau oleh PDRM bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara daripada dipengaruhi elemen militan,” katanya. — Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.