Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

31 Oktober, 2012

Apa?? Umno BN Label Audit Negara Sebagai Bodoh?

Inilah standard pemikiran pencacai Umno, dah takde modal untuk serang negeri Pakatan Rakyat dalam isu Laporan Audit maka pencacai Umno mengatakan negeri Pakatan Rakyat mengamalkan perakauan kreatif pula.
Apa? ko orang semua ingat yang duduk dalam Audit negara semua bodoh-bodoh macam pencacai Umno.Pencacai Umno lain kali cakap bersertakanlah dengan bukti jangan cakap kosong je.
Sudah kebanyakan negeri dibawah Umno BN kantoi dalam laporan audit maka pencacai cuba mencari jalan untuk mengaitkan pula negeri Pakatan Rakyat. 
Jikalau perakaunan kreatif boleh di gunakan untuk 'make up' Laporan Audit supaya nampak cantik sudah pasti semua negeri di bawah Umno BN dahulu yang lakukan kerana  pemimpin Umno BN kebanyakannya kaki belit dan kaki sapu.
Kesimpulannya jangan cuba memperbodohkan rakyat yang sudah semakin bijak dari pemimpin Umno BN..

BNBBC: Negeri Pakatan manipulasi perakaunan kreatif

Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

"Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.

"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini. ~mkini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.