Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Saya tidak akan minta maaf, Ronnie jawab MP MIC
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
30 Oktober 2012
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu
SHAH ALAM – "Siapa makan cili dia yang rasa pedas."  Demikian tegas Exco Selangor Ronnie Liu menjawab permintaan permohonan maaf secara terbuka Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang mendakwa beliau mengaitkannya dengan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

“Saya tidak sebut nama dia. Kalau orang lain sebut, suruh orang itu yang minta maaf.


"Saya hanya sebut orang MIC. Saya pun tidak tahu siapa orang MIC yang jadi anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.


Semalam, Kamalanathan menggesa Liu segera membuat permohonan maaf secara terbuka kerana dakwaan yang dibuat ke atas beliau berhubung projek berkenaan adalah satu pembohongan.


"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.


Menurut Kamalanathan, Liu telah mendakwa beliau dan  Pengerusi Gerakan Selangor Senator A. Kohilan Pillay adalah antara anggota MPS yang meluluskan cadangan projek berhampiran kuil di Batu Caves itu.


“Ronnie Liu membuat kenyataan itu semasa saya menghadiri persidangan Parlimen Asean di Bangkok, Thailand. Berikutan itu, pegawai saya telah membuat laporan polis mengenai kenyataan berunsur fitnah berkenaan pada 24 Oktober lepas di Balai Polis Brickfields supaya polis melakukan siasatan,” katanya.


Ditanya adakah beliau akan meminta maaf di atas kenyataannya itu, Liu berkata “isu minta maaf tidak berbangkit.”


Kamalanathan berkata, kenyataan Liu itu mencemar nama baiknya dan Kohilan untuk mendapat keuntungan politik semata-mata tanpa menyelidik fakta berhubung perkara itu.


Minggu lalu, Kohilan dilaporkan berkata segala kelulusan projek itu dikeluarkan kerajaan Selangor pimpinan PKR melalui Exco Kerajaan Tempatan pada 26 Jun 2008.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.