Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

October 31, 2012

Nik Aziz Ucap Tahniah

Nik Aziz ucap tahniah kepada polis Kelantan

KOTA  BHARU - 

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada polis Kelantan kerana berjaya menumpaskan penjenayah yang dipercayai menembak anggotanya sehingga menyebabkan cedera parah di sini.

Beliau juga melahirkan rasa terharu dan bangga terhadap kecekapan polis dalam membanteras jenayah serta bertindak balas dalam kejadian terbabit.

“Tahniah kepada polis Kelantan dan Insya-Allah hari ini saya akan melawat anggota polis yang dirawat di hospital,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Eexco  hari ini.

Pagi tadi seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam mati ditembak.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan di Masjid Paloh, Machang.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.