Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Atee ? mana tak takut, Nik Aziz pandai hembus !

 ^%$*&#@.....*&@^&% ? PUUUUUUUH , ha padan muka Haaa kan dah jadi kodok !

Rabu, 31 Oktober 2012

Kenapa Umno takut sangat dengan Nik Aziz?


Umno dan PERKASA adalah musuh PAS,, Bekas pemimpin PAS juga adalah musuh PAS. Baru-baru ini, Dr Hasan Ali alJATI dan Uztaz Nakhaei yang sekian lama menjadi keldai Umno  serta Ibrahim Ali presiden PERKASA berkokok lagi. Mereka mahu Nik Aziz berundur,  kononnya Nik Aziz dah tua, tak mampu buat kerja dan makan gaji buta,, lebih baik lepaskan jawatan kepada orang lebih muda,,, kata mereka.  Kah, kah, kah!   itulah tahap keberanian mereka !  Nak tegur kebobrokan Najib lansung mereka tak berani !
 
Kasihan pulak teman tengok dua tiga ekor musang ini!  Tindakan mereka ibarat bibir tak mancung gigi tersorong-sorong !  Samalah macam musang nak mintak jaga reban ayam!!  Apa-apa pun TG Nik Aziz tetap dianggap oleh rakyat Kelantan dan masyarakat Islam ‘amnya sebagai seorang pemimpin yang  berintergriti dan berkredibiliti.  Semakin Nik Aziz difitnah dan diperlekeh semakin tinggi pula darjatnya !!  Lagi tinggi darjat pemimpin, semakin tinggilah daulah parti PAS itu sendiri, namun Umno tak faham-faham,, masih meneruskan kejian dan tohmahan! 
 
Dalam sibuk menyindir Umno ciplak idea Nik Aziz 
Tuan Guru Nik Aziz bukanlah seperti bekas pemimpin PAS Dato’ Asri Muda atau Ustaz Nakhaei, bukan juga seperti Dr Hasan Ali mahupun Ustaz Nasha yang mudah digula-gulakan oleh Umno.  Nik Aziz seorang pemimpin yang  jujur, bijak dan berani,pemimpin yang tegas dan kukuh pendirian! Perjuangan Islamnya tidak pernah longgar dan luntur sedikitpun. Sesungguhnya pengaruh dan kekuatan TG Nik Aziz masih kukuh dan konsisten.  TG Nik Aziz sendiri nampak masih yakin dan mampu meneruskan khidmat. Orang ramai khasnya rakyat Kelantan masih mahukannya. 
 
Masyarakat Islam termasuk bukan Islam,  sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan amat menyenangi TG Nik Aziz.  Kalaupun kudratnya tidak sehebat orang muda, tetapi idea dan buah fikiranya yang cukup bernas masih diperlukan!  Ini yang amat ditakuti dan tidak disenangi oleh Umno. Tentu kita masih ingat, dalam sibuk menyindir dan memperlekeh Nik Aziz,  Umno telah meniru atau copy paste idea Nik Aziz. Misalnya pembinaan rumah tiga bilik,  berkerja lima hari seminggu, cuti dua bulan untuk isteri bersalin, penggunaan dinar dan sebagainya.  Umno usah kata nak berterima kasih, sebaliknya terus riak dan bongkak!!
 
Oleh : rahimothman 

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.