Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pengurus artis, Along Bakar dimasukkan ke hospital

31/10/2012 2:07pm

Oleh HASNURUL MOHAMED
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pemilik produksi pengurusan artis tanah air, Cherry Talent Management Sdn. Bhd., Ismail Bakar, 54, atau lebih dikenali sebagai Along Bakar telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak lima hari lalu.

Menurut anak sulung beliau, Ezuan Ismail, 25, Along dimasukkan ke PPUM setelah dia mengadu sakit perut pada kira-kira pukul 3 petang.

"Kesihatan ayah saya sebenarnya tidak begitu baik sejak lebih dua minggu lalu tetapi sehari selepas Hari Raya Aidiladha, beliau memberitahu saya, sudah tidak dapat menahan kesakitan dan minta dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka sekeluarga masih belum dapat mengetahui penyakit sebenar Along kerana doktor masih membuat pemeriksaan rapi ke atas Along yang dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air kerana sebelum ini, pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan (PR) artis di bawah label syarikat rakaman Rock Record.

Kata Ezuan, sepanjang berada di PPUM, beliau dan ibunya, Kamisah Bahtiar, 50, bergilir-gilir menjaga ayahnya yang kini ditempatkan di tingkat 2, wad perubatan 2 katil bernombor 18. - KOSMO ONLINE

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.