Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 30 Oktober 2012

Laporan audit: PAC panggil enam kementerian untuk siasatan

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil enam kementerian untuk siasatan lanjut berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw berkata kementerian itu adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya.
“Siasatan awal kita mendapati ada kelemahan. Contohnya mengenai ubat, farmasi di Kementerian Kesihatan, masalah dalam Jabatan Kerja Raya, ‘double tracking’ dalam Kementerian Pengangkutan dan kelemahan kuarters perumahan di Kastam,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan dan aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri tahun lepas diedarkan kepada anggota Parlimen pada 15 Okt lepas, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tan berkata PAC akan berbincang lebih lanjut berhubung kementerian mana yang akan lebih dahulu dipanggil bergantung pada keutamaan sesuatu kes.

Beliau juga berkata kelemahan koordinasi antara jabatan dan agensi kerajaan dalam menerima dan melaksanakan arahan daripada peringkat atasan didapati antara punca kepada wujudnya masalah berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Sebagai contoh, jika Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara, dengan itu semua jabatan sepatutnya tahu mengenainya, tetapi dalam beberapa kes, ia (keputusan) tidak sampai kepada mereka. Ini bermakna akan berlaku kesilapan.

“Jadi mereka perlu teliti kenapa apabila menteri buat keputusan tetapi ia (keputusan) tidak sampai kepada jabatan di bawah kementerian itu... saya fikir perlu dedahkan prosedur bagaimana keputusan dibuat di MOF dan sampai kepada semua jabatan,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun beberapa perkara berhubung siasatan terhadap kes itu tidak boleh didedahkan memandangkan PAC terikat dengan Peraturan Mesyuarat Parlimen. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.