UNITED MALAY NASIONAL ORGANISATION, SPR NIH TAK DE SEMANGAT BANGSA LANGSUUUUUUNG ! Pak Karamu
SPR: Hindari politik keganasan dan perkauman
Abdul
Aziz percaya polis berupaya memastikan politik keganasan tidak akan
berleluasa terutamanya pada hari mengundi 5 Mei ini. – Gambar fail
KLANG,
26 April — Politik keganasan dan perkauman bukan budaya rakyat Malaysia
yang sayangkan keamanan dan keharmonian kaum, justeru politik bercorak
itu perlu dihindari ketika berkempen dalam pilihan raya di negara ini,
kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof.
Beliau turut menasihatkan anggota parti politik supaya berkempen
secara berhemah dengan membentangkan dasar mereka dengan jelas supaya
maklumat itu akan membolehkan rakyat memilih siapa yang terbaik
memerintah negara, dan tidak sekali-kali menggunakan perasaan yang
mengundang kejadian yang tidak diingini.
“Jangan berkempen ikut sesuka hati, kita ada undang-undang dan
peraturan yang perlu kita patuhi. Pilihan raya umum ini bukan sekali
seumur hidup maka tidak perlu kita terlampau ekstrem, menang atau kalah
biar pengundi yang tentukan. SPR akan terus melakukan pemantauan dengan
pasukan kita bagi pastikan tiada perkara negatif berlaku ketika kempen.
“Setakat ini apa terjadi tidaklah terlalu serius, tetapi saya bimbang
perkara yang tidak terlalu serius ini menular dan berlanjutan sehingga
mencetuskan kejadian besar yang mengancam keselamatan rakyat,” katanya
kepada pemberita selepas melawat pusat penjumlahan undi di Pejabat
Daerah dan Tanah Klang di sini, hari ini.
Sehingga hari ketujuh berkempen hari ini pelbagai kejadian tidak
dingini telah berlaku seperti perbuatan membakar poster dan membaling
‘molotov cocktail’ di pejabat parti. Paling buruk kejadian letupan pada
ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa lepas.
Politik perkauman turut dimainkan pihak yang tidak bertanggungjawab
seperti serangan peribadi ke atas calon BN Datuk Zulkifli Noordin yang
bertanding di kawasan Parlimen Shah Alam.
Abdul Aziz percaya polis berupaya memastikan politik keganasan tidak akan berleluasa terutamanya pada hari mengundi 5 Mei ini.
Pada masa yang sama Pengerusi SPR itu menasihatkan pihak yang tidak
bertanggungjawab supaya melupakan hasrat untuk menimbulkan kekecohan
pada hari berkenaan.
Mengulas dakwaan ada parti politik kononnya telah mula membawa masuk
‘pengundi hantu’ dari luar negara, beliau meminta mereka yang mempunyai
maklumat tentang perkara itu tampil membuat laporan kepada pihak
berkuasa.
“Jangan menilai orang menerusi rupa wajah semata-mata... rupa macam
warga asing dah buat persepsi bukan rakyat Malaysia dan dakwa pengundi
hantu. Ini tidak betul kerana kita masyarakat berbilang bangsa, ada
warga asing yang dapat kewarganegaraan mengikut undang-undang negara
kita.
“Apapun SPR tidak akan berkompromi terhadap tindakan menyamar sebagai
pengundi ini, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang terlibat
berdasarkan undang-undang negara kita,” kata Abdul Aziz.
Ditanya sama ada pencalonan seseorang individu terbatal jika
pencadang atau penyokongnya seorang muflis, beliau berkata hanya
individu yang diisytihar muflis yang tidak boleh dicalonkan dan
peraturan itu tidak melibatkan penyokong atau pencadangnya.
Beliau turut menasihatkan petugas SPR pada pilihan raya kali ini
supaya tidak gentar dan tidak bersikap memihak kepada parti politik
tertentu agar pilihan raya kali ini dapat berjalan lancar dan adil untuk
seluruh rakyat Malaysia. – Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment