Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kenyataan sepatutnya dari pimpinan UMNO untuk pulih semangat, Ini kalilah !

PRU13: BN boleh menang bergaya, kata menteri
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 4 April 2013
PRU13 PRU13
PUTRAJAYA - Kini berakhir sudah penantian rakyat Malaysia.
Genap empat tahun pentadbirannya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan membubarkan Parlimen dengan meninggalkan sebuah semangat kepada barisan kepimpinannya untuk mempertahankan Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang ditemui di luar pekarangan pejabat perdana menteri semalam berkata, pihaknya yakin Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat rakyat berdasarkan pelbagai dasar dan pelan transformasi yang dijayakan Najib.

"Insya-ALLAH dengan apa yang sudah dilaksanakan melalui pendekatan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kita yakin rakyat dapat membuat penilaian yang terbaik dan kita doakan bahawa BN akan mampu mencapai kemenangan yang bergaya bagi meneruskan kepimpinan di masa yang keseterusnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 ini," ujarnya

Menurut Khir, BN sudah bersedia di peringkat yang tertinggi bagi menghadapi ibu kepada segala pilihan raya ini.

"Insya-ALLAH, rakyat dapat memberi penilaian yg terbaik. Kita sudah bersedia," tambahnya lagi.

Najib mengumumkan pembubaran Parlimen semalam.

Sementara seorang lagi menteri yang sudi memberi maklum balas kepada media walau dalam keadaan hujan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap, BN akan terus mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin negara ini.

"Kita sudah bersedia untuk turun ke padang bersama-sama dengan rakyat. Kita berharap terus mendapat sokongan kerana perdana menteri telah memberi kita tenaga yang positif untuk kita terus membina negara ini," ujar beliau.

Dengan pembubaran ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.

Tempoh berkenaan sudah pun bermula pada 27 Mac lalu apabila Dun Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik.

Dalam tempoh terdekat ini SPR juga harus menetapkan tarikh penamaan calon bagi membolehkan parti-parti bertanding memberikan senarai nama calon masing-masing.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.