26 Disember, 2013
Rupanya Ini Punca 200 Guru KAFA Terengganu Di Berhentikan Serta Merta
Tindakan Yayasan Islam Terengganu (YIT) menghentikan kontrak kira-kira
200 guru Kafa di negeri ini secara serentak seolah-olah agenda membalas
dendam politik oleh pihak tertentu."Tindakan tersebut menghairankan
kerana dibuat dalam jumlah yang besar.
"Seolah-olah satu agenda bagi membalas dendam politik oleh pihak
tertentu," kata Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah dalam
kenyataan.
Justeru kata Hamzah, sekiranya tenaga pengajar kurang mahir dijadikan
alasan, pemberhentan beramai-ramai tersebut bercanggah dengan keadaan
sebenar.
"Kerana pencapaian Kafa Terengganu antara yang terbaik di Malaysia. Apa
alasan yang sebenarnya?, soal Hamzah.Surat penamatan kontrak guru KAFA
oleh Yayasan Islam Terengganu.
Hamzah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Bukit Payong berkata,
penamatan kontrak secara besar-besaran ini memberi kesan kepada para
pelajar keseluruhannya.
"Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari guru pengganti dalam masa
yang singkat dengan jumlah yang begitu besar."Apatah lagi tarikh
bermulanya sesi persekolahan 2014 hanya tinggal lebih kurang seminggu,"
kata Hamzah.
Katanya, tindakan kerajaan negeri dan Yayasan Islam Terengganu memperjudikan nasib para pelajar.
Dalam pada itu, Hamzah mengingatkan rakyat Terengganu agar peka dengan
perkembangan di negeri ini kerana tindakan seperti dilakukan YIT mungkin
melibatkan ahli keluarga sendiri.
"Ia mungkin juga melibatkan saudara mara atau orang-orang terdekat dengan anda semua," kata Hamzah. ~kd
0 orang berkata:
Post a Comment