Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEMBAB

Isnin, 30 Disember 2013

Kenyataan timbalan menteri JPM hina intelektual mahasiswa

Muhammad Najib Abdurrahim

Saya tertarik untuk memberikan reaksi berhubung kenyataan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkenaan perhimpunan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.

Di dalam laporan tersebut, Datuk Razali dilaporkan bahawa sekiranya mahasiswa bijak, mereka tidak akan memilih untuk menurunkan kerajaan melalui perhimpunan ini, bahkan akan memilih jalan pilihan raya yang akan dilakukan di dalam tempoh setiap lima tahun.

Saya kira, sudah cukuplah para menteri mengeluarkan kenyataan yang menghina nilai intelektual dan daya berfikir rakyat, kerana setiap kenyataan yang keluar daripada mulut menteri-menteri ini langsung tidak menggambarkan mereka itu layak memangku jawatan mereka sekarang. Adakah sememangnya menteri-menteri daripada kerajaan hanya menjadikan RTM, TV3 dan Utusan serta media-media yang dikawal oleh mereka sebagai bahan bacaan harian mereka?

Untuk pengetahuan Datuk [sekiranya Datuk benar-benar tertinggal di dalam isu ini], perhimpunan yang bakal dianjurkan oleh Gerakan Turun Kos Sara Hidup [Turun] pada 31 Disember ini adalah bertujuan mengumpulkan rakyat daripada pelbagai latar belakang ekonomi yang merentas fahaman politik, yang rasa tertekan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Saya kira, Datuk perlu lebih terbuka di dalam membaca berita-berita dari media alternatif, memandangkan segala dakwaan yang dicanang-canangkan oleh Datuk dan rakan-rakan Datuk telah pun dijawab satu persatu oleh pihak penganjur.

Saya melihat ia seakan telah menjadi suatu “trend” bagi menteri untuk merendah-rendahkan nilai daya fikir mahasiswa apabila kami dilihat tidak bersama dengan kerajaan di dalam satu-satu isu bahkan dituduh sebagai dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan ataupun pihak pembangkang.

Ingin saya tegaskan kepada pihak Datuk bahawa, keterlibatan mahasiswa di dalam perhimpunan yang akan datang ini adalah bagi menunaikan hak demokrasi kami seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Mahasiswa juga ingin menghantar mesej kepada pihak kerajaan bahawa sebagai sebahagian daripada gerakan masyarakat sivil, mahasiswa sedang memerhati dengan serius setiap gerak geri kerajaan. Mahasiswa ingin menurunkan kerajaan? Ya! Kami bersedia dan tidak sabar untuk menantikan detik itu pada PRU14 nanti!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.