Bekas IGP: Himpunan esok mampu dikawal
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini
melontarkan keyakinan rakyat akan bertindak secara rasional ketika
menghadiri perhimpunan yang dijadual esok malam.
Jelas beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, rakyat Malaysia lazimnya menghormati undang-undang selain kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan himpunan seperti itu sebelum ini.
"Saya yakin situasi esok tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan.
"... keyakinan saya disandarkan ke atas dua sebab iaitu PDRM boleh kendalikan sebarang situasi yang timbul ketika perhimpunan tersebut.
"Serta yakin dengan masyarakat Malaysia yang sentiasa berfikiran rasional dalam bertindak," katanya dalam satu sidang media khas di Pejabat Yayasan Pengaman Malaysia hari ini.
Menggulas lanjut, beliau turut mengingatkan anggota PDRM supaya mengambil langkah berwaspada agar tidak timbul sebarang perkara yang tidak diingini.
"Anggota PDRM perlulah sentiasa mengambil langkah berwaspada. Agar tiada sebarang kekecohan yang berlaku," katanya.
NGO Turun Kos Sara Hidup dan tiga yang lain merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah kenaikan kos di Dataran Merdeka yang menjadi salah satu lokasi utama sambutan tahun baru malam esok.

0 orang berkata:
Post a Comment