Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

31/12/13

Gambar Peserta TURUN menuju ke Dataran

KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak malam ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi menjengah tahun baru esok.

Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.

Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.

Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.

Pihak berkuasa bagaimanapun melabelkan perhimpunan malam ini sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", dan mengancam akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.

Beberapa bukti turut ditampilkan sebagai menyokong dakwaan tersebut termasuk penemuan bom yang dikaitkan dengan himpunan malam ini. - HD


.


Sogo dilaporkan mula dipenuhi orang ramai...


Unit Amal diamanahkan untuk mengawal keamanan...Kini bergerak menuju Dataran Merdeka... TURUN !!!





Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pun ade pantau lu orang.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.